Siakap Keli

(Video) “Jangan Ungkit Benda Yang Lama,” 5 Tips Nak Bercakap Dengan ‘Encik Husband’, Isteri Perlu Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berkahwin dan hidup bahagia selamanya dengan pasangan kita merupakan salah satu harapan setiap pasangan sewaktu terlafaznya akad sebagai suami isteri.

Tidak dinafikan, setiap pasangan ada masa pasang surutnya. Namun tidak menjadikan itu sebagai alasan utama untuk tidak bahagia. Semuanya atas pada diri kita. Kalau seorang itu ‘api’, makanya seorang lagi jadilah seperti ‘air’. Barulah ada sifat tolak ansur dalam rumahtangga.

Sebagai seorang isteri, kadang-kadang kita terlepas pandang beberapa perkara sehingga menguris perasaan suami kita. Jadi, untuk elak daripada perkara ini berlaku sekali lagi, jom dengar tips daripada pakar terapi, Zuraida Shahime tentang tips bercakap dengan suami.

Ini antara tipsnya bila bercakap dengan suami tercinta;

  • Jangan perli
  • Jangan hina
  • Jangan ungkit
  • Jangan banding dengan orang lain
  • Kalau salah, minta maaf.
@zuraida.shahime

Tips bercakap dengan husband #speechperak #TikTokGuru #LearnOnTikTok #love #communication

♬ original sound – Music Travel Love

Jadilah isteri yang baik bukan sahaja menjaga pakai dan makan malah jadilah isteri yang sentiasa menjaga hati dan perasaan mereka. Benar, syurga isteri dibawah telapak kaki suami. Jagalah pertuturan kata kerana ia merupakan senjata paling tajam dalam kehidupan kita semua.

 

Sumber: Zuraida Shahime

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang