Siakap Keli

(Video) Terdetik Nak Tengok ‘Wallet’ Suami, Isteri Selit Duit Untuk Suami Demi Susah Senang Bersama

Adat berkahwin, susah senang akan diharungi bersama pasangan sehingga ke akhir hayat. Para suami tentunya menggalas tanggungjawab yang besar dalam menyediakan keperluan buat isteri dan anak-anak dengan secukupnya.

Video yang dimuat naik oleh seorang isteri menerusi akaun Tiktok Miszz Atyien ini ternyata meraih perhatian ramai kerana merupakan realiti sebenar yang dilalui oleh seorang suami yang sebolehnya ingin menyembunyikan kesusahan dari keluarga.

Dia yang secara senyap-senyap memeriksa dompet suaminya. mendapati dompet itu kosong sebelum menyelitkan wang miliknya ke dalam dompet berkenaan.

Suami walau dia susah pun dia tak akan beritahu isteri..

@tieyn

I love you 💋

♬ MUHASABAH CINTA part2 – 𝚊𝚠𝚊𝚗𝟜𝕤𝕒𝕥𝕦

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen bersetuju kerana mereka juga pernah melalui situasi yang sama seperti wanita itu.

Bukan mudah nak dapat isteri sanggup faham ketika suami susah

Selalu buat macamni dengan arwah suami tapi dia pulangkan semula

Ahamdulillah, isteri pernah buat macamni

Sumber: TikTok Miszz Atyien

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.