Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

(Video) Tingkap Automatik Kereta Tersangkut Tak Boleh Naik Atau Turun, Ini Mungkin Puncanya

Zaman sekarang, kebanyakan kereta menggunakan tingkap automatik. Tak perlu lagi susah-susah ‘mengayuh’ setiap kali ingin membuka dan menutup tingkap.

Namun, antara masalah yang boleh terjadi apabila menggunakan tingkap jenis ini ialah apabila cermin tidak mahu naik atau turun ketika suis ditekan. Terpaksalah buka pintu kereta setiap kali ingin membuat pembayaran di tol ataupun pandu lalu.

Menurut Car Parts, hal ini boleh terjadi disebabkan beberapa faktor, antaranya masalah motor, regulator atau kerosakan pada suis tingkap.

Untuk mengetahui masalah sebenar yang mungkin jadi penyebabnya, pengguna perlu melakukan pemeriksaan seperti dikongsikan Glass Doctor berikut:

1. Nyahaktif kunci keselamatan kanak-kanak atau child safety lock. Ini kerana ia menyekat fungsi menaik dan menurunkan cermin.

2. Periksa fius. Berpandukan manual kenderaan, kenalpasti lokasi kotak fius dan periksa fius yang disambungkan pada tingkap. Lihat dan gantikan jika ada fius yang terbakar.

3. Tekan dan pause. Tekan suis naik turun tingkap dan dengar bunyi yang datang dari dalam pintu. Jika ada bunyi, ia mungkin bermakna suis berfungsi, tetapi motor tingkap yang mengalami masalah.

4. Guna suis utama. Jika tingkap penumpang bermasalah, cuba buka atau tutup menggunakan suis utama pada bahagian pemandu. Sekiranya tingkap boleh berfungsi, ini bermakna suis pada bahagian penumpang yang menjadi puncanya.

5. Tekan suis tingkap dan perhatikan tolok atau pena ujian di dalam ‘dash’. Jika tenaga pada pena ujian menunjukkan jumlah yang rendah, kemungkinan suis tersebut yang bermasalah.

6. Guna pengukur ammeter. Jika anda mempunyai alat pengukur ammeter atau amp gauge, anda boleh menggunakannya untuk mencari punca masalah. Jika suis mempunyai kuasa dan dibumikan, masalahnya mungkin pada pendawaian atau motor tingkap. Jika motor mempunyai kuasa dan dibumikan tetapi tingkap masih tersangkut, ia mungkin menandakan motor tersebut rosak.

7. Menurut Car Parts, jika masalahnya berpunca daripada regulatortingkap anda tidak akan dapat naik dan diturunkan sama sekali.

Salah satu tanda biasa berlaku jika regulator bermasalah ialah apabila tingkap turun sendiri setelah dinaikkan.

Sumber: Glass Doctor, Car Parts

Amira

Love yourself.