Siakap Keli

Mekyun Kongsi 4 Rahsia Nak Berjaya Dalam ‘Final Year Project’ Untuk Penuntut Sarjana Muda

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Untuk mendapat segulung ijazah tidaklah semudah yang disangka. Bertimbun-timbun projek dan tugasan yang perlu disiapkan sebelum bergelar seorang graduan.

Tapi tugasan yang paling buat para graduan tidur tak lena mandi tak basah, tak lain tak bukan Final Year Project atau dikenali juga dengan Projek Sarjana Muda dan Projek Tahun Akhir.

Tak dapat dinafikan lagi, untuk menyiapkan projek ini perlu banyak berkorban masa, tenaga, dan mungkin sesetengah berkorban air mata.

Tips yang dikongsi oleh pengguna akaun TikTok dengan nama mekyun ini mendapat 41.3k tontonan dan lebih empat ribu tanda suka. Mungkin tips ini dapat membantu anda yang sedang bertungkus lumus menyiapkan Final Year Project.

Mari kita dengar tips Final Year Project A+ daripada Mekyun.

@_yuyunz_

Khas utk pelajar final year. Semoga korg pun dpt berjaya dlm PSM 1 dan PSM 2 korg 🤍 #fyp #xyzbca #tiktokmalaysia #fypシ #viral #foryoupage

♬ Lo Fi Try – ReSrface

Perancangan awal itu penting

Perancangan awal sangat penting dalam menyiapkan Final Year Project kerana memerlukan kajian yang terperinci untuk mencapai objektif ditetapkan. Jangan buat kerja di saat-saat akhir ye!

Di ruangan komen, netizen masing-masing berkongsi tips mereka dan tidak kurang juga berterima kasih dengan tips yang diberikan oleh Mekyun.

SUMBER: TikTok Mekyun

Eyla Azri