Siakap Keli

(Video) Pak Cik Ajar Cara Nak Goreng Ikan Keli, Elak Minyak Terperecik Dan Ikan Jadi Garing

Siapa kat sini peminat ikan keli? Kalau sebut je pasal ikan mesti terbayang ikan yang garing dan isinya yang lembut kan? Tapi tulah, kalau nak menggorengnya ibarat ‘berperang’ di dapur. Mana taknya kalau setiap kali goreng ikan ini, meletup sana, meletup sini.

Ada kalanya disebabkan takut minyak mercik, terpaksalah tutup dengan tudung periuk tapi hasilnya ikan jadi lembik, ada yang isi hancur dan macam-macamlah. Kesudahannya setiap kali nak makan ikan keli goreng, terpaksalah beli di luar.

Tetapi kali ini, selepas korang baca tips di bawah, ‘confirm’ boleh goreng sendiri di rumah. Menerusi perkongsian daripada laman Tiktok Blacktiger berkongsi cara menggoreng ikan keli bersama Eno. Bunyi agak pelik, tapi hasilnya memang mantap.

Difahamkan, mereka menggunakan eno berperisa lemon. Selepas minyak sudah panas, masukkan eno tersebut dan baru letak ikan keli.

Kata pakcik ini di dalam videonya, ikan keli akan garing dan sangat sedap. yang pasti, minyak tidak mercik langsung. Menarik kan? Jom kita cuba tips ini di rumah.

@blacktiger9436

assalamualaiku.resepi goreng ikan keli.selamat mencuba#gengtakhandsome #geng1kapal #fypシ

♬ bunyi asal – nonjava🇲🇾 – @blacktiger

 

Sumber: Blacktiger

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang