Siakap Keli

Baca Ni Kalau Nak Tahu Kenapa Samsung Galaxy A72 Digelar ‘Raja’ Kelas ‘Mid-Range’

Sebelum ni kitaorang dah share surface review untuk Samsung Galaxy A72. Kali ni, kitaorang nak go deeper dengan berkongsi sisi dalam dan segenap fungsi peranti kelas pertengahan yang semakin menjadi bualan akhir-akhir ini.

Baca: ‘Unboxing’ Samsung Galaxy A72 Ungu Violet Tak Pernah Mengecewakan

Reka bentuk tak mengecewakan

Bahagian paling handsome untuk Samsung Galaxy A72 ini adalah pada bahagian belakangnya yang dikemaskan dengan material matte.

Walaupun diperbuat daripada plastik, rekabentuk peranti ni memang puas hati, siap dengan empat kuat kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP F1.8 OIS, kamera ultralebar 12MP F2.2, kamera telephoto 3x zum optikal 8MP F2.4 dan kamera makro 5MP F2.4.

Diperkasa dengan chipset Snapdragon 720G

Penggunaan chipset terhebat ni membuatkan Galaxy A72 sebagai ‘raja’ di kelas mid-range. Selain memiliki grafik yang lebih unggul, Galaxy A72 ni juga di dukung dengan RAM 8GB, membuatkan prestasi peranti ini lebih mantap.

Dalam erti kata lain, Galaxy A72 ni takde masalah nak support aktiviti multi-tasking. Tak risau lag dah.

Bateri jumbo dan fast-charging

Samsung Galaxy A72 memiliki bateri berkapasiti 5, 000mAh dan disokong dengan fast charging 25W membuatkan korang tak perlu tunggu lama nak bagi full charge.

Kalau tengah main game ke tengok Netflix bateri habis, tak pe chill je sebab kemampuan peranti ni untuk mengecas dalam masa singkat tu memang padu.

Tahan lasak; Air dan debu

Ini antara kelebihan yang menarik hati ada pada Samsung Galaxy A72 kerana mempunyai ketahanan terhadap air dan debu.

Ini merupakan feature premium yang ada pada sebuah peranti pintar. Dengan adanya IP67 bagi ketahanan air dan debu, Galaxy A72 mampu bertahan dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit.

So, korang tak perlu gelabah kalau handphone tiba-tiba jatuh dalam toilet bowl ke sebab selagi kurang satu meter, dalam waktu kurang setengah jam, handphone masih boleh diselamatkan.

Game Booster 

Tak dinafikan rata-rata yang tengah cari phone ni mesti nak cari spesifikasi khusus untuk gaming.

Samsung Galaxy A72 mempunyai ‘game booster’ yang membantu mengurangkan gangguan dan meningkatkan pengalaman gaming korang dengan lebih baik. Antaranya, frame booster memberikan grafik yang halus dan sharp dalam masa yang sama. Puas hatilah tengok skrin tu.

Selain itu, adanya game booster ni, ia membantu mengoptimalkan penggunaan bateri dan menjaga suhu agar tetap stabil supaya tak overheating.

Satu lagi feature premium, Galaxy A72 ini hadir dengan kapasiti memori sehingga 256GB yang biasanya dekat flagship. Oleh itu, pengunaan dalam jangka masa panjang tak akan menjadi masalah.

Kamera terbaik abad ini dan lensa ‘Telephoto’

Beralih kepada fungsi kameranya, Galaxy A72 hadir dengan empat kamera; kamera utama 64MP untuk hasil foto lebih sharp dan smooth.

Kamera utama ini dilengkapi feature 3x optical zoom dan 30x space zoom pada lensa telephoto dengan optical image stabilization (OIS) yang membantu menjaga gerakan halus serta menghasilkan gambar lebih sharp pada cahaya yang malap.

Peranti ini juga berkebolehan merakam video dengan resolusi 4K.

Dual speaker top-bottom

Galaxy A72 dilengkapi dual speaker yang pastinya memberikan pengalaman audio stereo yang mantap walaupun tanpa earphone.

Tengok Netflix memang puas hati. Boleh dengar segenap audio.

Galaxy A72 ni memang layak mendapat julukan ‘raja’ mid-range tanpa perlu alasan munasabah. Segala fungsi dan spesifikasi yang ada pada peranti in je dah membuktikan segala-galanya.

Samsung Galaxy A72 didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Violet dan Awesome Blue.

Bobot 203 gram dengan dimesi panjang dan tebal membuatkan peranti ni sedap dipegang, terasa mahal dan premium.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari link ini atau terus ke Shopee untuk pembelian.

Nur Farra