Siakap Keli

(Video) “Ada Babi Doh..,” Lelaki Ini Kejut Kawan Yang Nyenyak Tidur Bila Ada Babi Datang ‘Melawat’ Kawasan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ketawa dahulu, tolong kemudian. Mesti ramai yang pernah berdepan dengan situasi ini bersama kawan baik. Seperti perkongsian sebuah video yang menjadi tular di media sosial sehingga membuatkan ramai yang berdekah!

Manakan tidak, video yang dimuat naik oleh akaun lideqifaysza itu menunjukkan sekumpulan lelaki yang mengejut dua rakan mereka yang sedang nyenyak tidur di tepi pantai.

Ini berikutan terdapat kehadiran seekor babi yang berada berdekatan sambil memandang ke arah mereka sekaligus mencetuskan rasa panik dua lelaki tersebut yang bingkas bangun dari tidur.

Namun, gelagat lucu rakan-rakan yang sempat ketawa dan merakam situasi tersebut sebelum mengejut rakan mereka ternyata menggelikan hati ramai warganet sehingga meraih 1.3 juta tontonan.

Bangun, ada babi doh!

@lideqifaysza

Wei bangun ! Ade BABI bodo 😂 #esekeli #fyp #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #lawak #babi

♬ original sound – Samjidkhan – Samjidkhan

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen dilihat terhibur dengan gelagat kumpulan lelaki berkenaan. Ada yang menyangka mereka sekadar ingin menyakat, rupanya setelah diamati memang haiwan berkenaan berada di situ.

Ingat main-main rupanya betul ada babi

 

Lawak sebab member dia gelak je, tak boleh tahan!

Babi mesti terkejut kenapa lari, ingatkan kita kawan?

Sumber: TikTok lideqifaysza

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.