Siakap Keli
Gambar via Youtube

(Video) Guna ‘Cacing’ Untuk Tampal Tayar, Rupanya Ini Keadaan Dari Dalam Tayar Ketika Dicucuk Masuk

Masalah tayar pancit pastinya boleh membuatkan rutin anda tergendala, apatah lagi jika anda sedang bersendirian. Jika bernasib baik, anda mungkin boleh memandu sehingga ke bengkel untuk menampal bahagian tayar yang bocor.

Di sana, anda akan melihat mekanik menggunakan ‘cacing tayar’ untuk menampal bahagian tersebut selepas membuang objek tajam yang menyucuk.

Seakan magik, tayar anda yang bocor tadi kini boleh berfungsi seperti sediakala. Nak tahu bagaimana ‘cacing tayar’ berfungsi untuk menampal tayar anda? Jom tonton video dikongsikan ScrewNutsAndBolts di bawah.

Namun, apa yang menariknya dalam penulisan kali ini adalah mengenai keadaan dalam tayar ketika ‘cacing tayar’ dicucuk masuk ke dalam. Ketika dicucuk masuk, cacing tersebut bagaikan mengembang sebelum ‘tools’ ditarik keluar.

Setelah ditarik keluar, cacing tersebut seakaan bergumpal pada bahagian yang ditampal dan terus melekat pada bahagian dalam tayar.

Rakaman ini telah menjadi perhatian ramai orang dengan jumlah tontonan lebih 4.6 juta.

Sumber: ScrewNutsAndBolts 

Amira

Love yourself.