Siakap Keli

(Video) Mudah & Jimat, Cara Nak ‘Tukar’ Smartphone Lama Jadi CCTV, Hanya Muat Turun Aplikasi Ini

Tipulah kalau korang tak guna smartphone kan? Dengan lambakan smartphone yang semakin canggih pada ketika ini, pasti ada di antara korang yang sentiasa membeli telefon baharu.

Macam mana pula dengan telefon yang lama? Adakah dijual atau disimpan saja dalam laci?

Ha, lepas ni mungkin korang boleh gunakan telefon lama itu untuk sesuatu yang boleh memberi manfaat pada korang.

Menerusi perkongsian OSD Network & Security di TikTok, korang sebenarnya boleh menjadikan telefon tersebut sebagai CCTV di rumah.

Sesuai untuk yang bekerja, nanti bolehlah pantau anak-anak atau kucing yang ada di rumah.

Korang perlu memuat turun aplikasi CCTV tersebut dan membeli tripod kecil untuk meletakkan telefon tersebut.

Aplikasi berkenaan iaitu Alfred Home Security Camera: Baby Monitor & Webcam boleh dimuat turun di PlayStore dan AppStore.

Manakala tripod antaranya boleh dibeli melalui platform atas talian seperti Shopee.

Jom tengok video di bawah ini untuk ketahui lebih lanjut mengenai penggunaan CCTV itu.

@osd2umy

Jangan bazirkan handphone/tablet lama anda. Jadikannya sebagai CCTV di rumah atau premis perniagaan 😉 #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar

♬ original sound – OSD Network & Security – OSD Network & Security

Shopee

Lazada

Sumber: OSD Network& Security

Sofea

There's always another side to every story