Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Ada Manfaat, Ini 3 Sebab Kenapa Anda Perlu Menggeliat Setelah Bangun Tidur

Sudah menjadi kebiasaan, setelah bangun tidur secara automatik seseorang akan menggeliat dipercayai untuk kepuasan dan segar selepas melakukannya.

Namun, tahukah anda bahawa terdapat manfaat sekiranya berbuat demikian setelah bangun tidur? Ikuti perkongsian dari Hello Doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pernahkah anda menggeliat selepas bangun daripada tidur yang panjang? Jika ya, sudah pasti anda akan berasa puas atau segar setiap kali melakukannya. Sebenarnya, terdapat beberapa penjelasan saintifik yang menyebabkan manusia berasa puas atau segar selepas menggeliat. Ikuti artikel ini untuk mengetahui manfaat menggeliat selepas bangun tidur.

Apakah manfaat menggeliat selepas bangun tidur?

Menurut sains, tubuh badan kita akan mengalami perubahan dari fasa tidur ke fasa terjaga. Perubahan ini boleh mendatangkan ketidakselesaan dan kejutan kepada tubuh badan kita.

Perbuatan menggeliat selepas bangun tidur sebenarnya adalah tindakan spontan yang berlaku bagi mempersiapkan tubuh badan kita untuk mula berkerja.

Di sebalik itu, terdapat beberapa kebaikan lain yang juga boleh diperolehi melalui perbuatan menggeliat selepas bangun tidur, antaranya:

Menggeliat boleh #1. Melegakan ketegangan sendi dan otot

Menurut kajian, apabila tubuh badan manusia sudah tidak bergerak dalam tempoh yang lama kerana sedang tidur, sendi dan otot akan kehilangan cecair sinova lalu menyebabkan tubuh badan anda menjadi lesu dan tidak bermaya. Oleh itu, setiap kali selepas bangun tidur, lakukan perbuatan ini untuk melegakan ketegangan sendi dan otot.

#2. Mengaktifkan cecair sinova

Ekoran itu, perbuatan menggeliat sebenarnya sangat membantu untuk mengaktifkan kembali cecair sinova dalam tubuh badan agar ia kembali memenuhi ruang antara sendi dan otot. Ini bertujuan untuk melancarkan semula pergerakan sekaligus mengurangkan geseran yang boleh berlaku pada bahagian-bahagian ligamen tersebut jika kekurangan cecair ini.

Menggeliat selepas bangun tidur #3. Menghilangkan stres

Selain itu juga, perbuatan menggeliat sebenarnya mampu untuk meredakan emosi anda. Ketika pagi, sudah tentu emosi kita berada dalam tahap yang tidak stabil. Oleh itu, menggeliat merupakan perbuatan yang paling penting untuk dilakukan selepas bangun dari tidur. Dalam pada itu lagi, anda juga boleh melakukan perbuatan ini ketika anda sedang dibelanggu masalah atau ketika sedang marah bagi melegakan ketegangan yang berlaku pada sendi dan otot.

Bila menggeliat selepas bangun tidur, ingat perkara ini!

Bagi memulakan hari dengan cara yang paling berkesan, lakukan perbuatan menggeliat ini sepuasnya pada pagi hari setiap kali selepas bangun tidur. Namun anda diingatkan untuk tidak berlebihan dalam melakukannya kerana bimbang akan mendatangkan mudarat yang lain seperti salah urat leher. Sebaiknya, lakukan ini secara semulajadi dan jadikannya ia sebagai satu rutin pagi anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber: Hello Doktor

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa