Siakap Keli

Dipercayai Jatuh Dalam Tasik Setahun Lalu, iPhone Ini Ditemui Kembali & Masih Berfungsi

Seorang pengguna Facebook menceritakan detik pertemuannya dengan iPhone 11 miliknya yang sudah lebih setahun “menghilang”. Lelaki bernama Chen Yj kehilangan telefon pintarnya pada Mac tahun lalu ketika sibuk mendayung.

Pemilik iPhone menceritakan detik luar biasa itu bagaimana telefon tersebut dapat “bertahan” selama lebih setahun “tinggal” di dasar tasik. Chen menyatakan dia kehilangan telefonnya pada 11 Mac 2020 ketika mendayung dia tasik Sun Moon, Taiwan.

Gambar sebelum kejadian juga dikongsi untuk menunjukkan dia memakaikan jaket keselamatan dan beg sarung telefon waterproof yang digantung dilehernya. Terdapat juga gambar menunjukkan Chen terjatuh dan ketika itulah iPhone tersebut terjatuh.

Kawan-kawannya mengusik Chen dengan mengatakan dia dapat melihat telefonnya lagi pada tahun depan. Siapa sangka masin mulut rakannya apabila setelah lebih setahun dia dipertemukan kembali dengan iPhonenya.

Beberapa hari sebelum menemui telefonnya, dia menerima panggilan dari kawannya. Pada 2 April lalu, dia pergi ke rumah kawannya untuk membuka beg sarung telefon itu. Chen tidak mengharap telefonnya akan berfungsi kerana beg tersebut diselaputi dengan kesan lumpur.

Namun, dia terkejut saat dikeluarkan, telefonnya kering tetapi telefonnya tidak hidup. Dia percaya telefon itu mati kerana kehabisan bateri. Setelah dicas, telefon itu dapat dihidupkan dan berfungsi dengan baik.

Sumber: Oddity Central, Facebook

Atiqah Aliah