Siakap Keli

Pengorbanan Bapa, Hantar Anak Naik Motor Dengan Beg Di Bakul Ke MRSM Undang Sebak Netizen

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kesusahan bukan penghalang untuk berjaya. Demikian apa yang boleh digambarkan mengenai secebis kisah seorang ayah yang gigih menaiki motosikal demi menghantar anaknya pada hari pertama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Perkongsian oleh timbalan pengetua MRSM Muar, cikgu Musa Muhamad Ali di Facebook, ternyata menyentuh hati ramai warganet sehingga menjadi tular di media sosial.

Tatkala kawan-kawan lain menaki kereta dengan membawa barangan penuh, dia hanya cukup sekadar membawa satu beg pakaian di dalam raga motosikal dengan raut wajah ceria.

Pelajar pertama tingkatan satu mendaftar di MRSM Muar bersama ayahnya hanya menaiki motorsikal comel.

Sebak bercampur kagum menyaksikan semangat si ayah membawa anaknya mendaftar dengan raut wajah ceria si anak tanpa sedikitpun rasa malu walaupun pelajar-pelajar lain dihantar dengan kereta.

Semoga pelajar ini terus cemerlang menjadi insan hebat akademik dan akhlaknya di MRSM Muar.

Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen memuji kehebatan ayah ini yang tidak mengabaikan ilmu dan pendidikan kepada anak walau sesukar mana hidup. Ianya menjadi inspirasi kepada orang lain untuk berjaya tanpa mengira latar belakang.

Sama macam saya, naik motor hantar anak..

Siapa pun ibu bapa kita bukan penghalang kejayaan anak-anak

Anak yang hebat lahir dari orang tua yang hebat

Tahniah ayah ibu, anak yang berjiwa kental

Tahniah kepada MARA dan MRSM terutamanya MRSM Muar yang memberi ruang kepada golongan yang susah untuk menyambung pelajaran.

Sumber: Musa Muhamad Ali

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.