Siakap Keli

(Video) ”24 Tahun Hidup Baru Tahu…”, Rupanya Ini Fungsi Tambahan “Sun Visor”, Siap Boleh Tarik Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Banyak benda yang berada di sekeliling kita sebenarnya mempunyai fungsi yang mungkin belum pernah ‘diterokai’ sebelum ini seperti aksesori di dalam kereta.

Tipulah kalau selama ini anda tidak mengeluh apabila terkena sinaran cahaya matahari di bahagian sisi ketika memandu. Ha, ada cara yang mungkin berkesan untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut.

Bagi yang masih tidak tahu, sun visor yang dilengkapkan di bahagian atas di dalam kereta sebenarnya boleh disisihkan ke tepi untuk mengelak dari terkena cahaya matahari.

Mungkin selama ini anda hanya menggunakannya apabila silau ketika memandu sahaja, tetapi selepas ini anda mungkin boleh mempraktikkan untuk menggunakannya ke bahagian sisi pintu kereta anda pula.

Nak tengok macam mana ia berfungsi? Jom tonton video yang dikongsikan oleh Jeffry Zain di TikTok ini.

24 tahun hidup baru tahu benda ni

@jeffryzainn

Korang baru tahu juga ke? 🤣#foryou #fyp #annalegacyacademy

♬ original sound – BosJeff – BosJeff

Sumber: Jeffry Zain

Sofea

There's always another side to every story