Siakap Keli
Kredit: Syahman Abu Hasan

(Video) Mungkin Ada Yang Terlepas Pandang, Dua Komponen Penting Di Mesin Basuh Perlu ‘Servis’, Ini Caranya

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mesin basuh merupakan salah satu peralatan penting di dalam sesebuah rumah. Tanpa mesin basuh, maka ‘berurat’ lah tangan mencuci baju kotor yang sentiasa bertambah setiap hari.

Setiap hari mencuci baju, ada kalanya kita terlepas pandang komponen di dalam mesin ini yang boleh menjadi ruang pengumpulan karat atau kotoran. Jika sudah berbulan-bulan tidak ‘diservis’ sendiri di rumah, lama kelamaan boleh muncul masalah baju asyik terkena air karat ataupun basuhan tidak lagi bersih dan wangi. Lebih teruk, mesin basuh tak dapat lagi berfungsi dan air tidak turun mengisi tangki.

Sekiranya anda menghadapi masalah ini, mungkin penapis pada inlet mesin basuh puncanya. Periksa jika ada mendakan karat atau pasir pada ruangan tersebut yang mungkin menjadi penyebab air tidak dapat memasuki mesin.

Kredit: Google

Jadi, pastikan anda membersihkan sekurang-kurangnya dua komponen ini secara berkala, iaitu penapis pada inlet serta perangkap kotoran. Jom tonton cara yang dikongsikan Syahman Abu Hasan di bawah.

Keadaan penapis inlet selepas dibuka

Tanggalkan penapis inlet menggunakan playar. Basuh untuk bersihkan.

Penapis inlet selepas dibersihkan

Keadaan perangkap sampah yang belum dicuci.

Selain daripada penapis inlet, penapis di dalam ruang mesin basuh juga perlu diselenggara dengan kerap. Perkara ini kerana kotoran akan berkumpul di dalam penapis tersebut.

Ikuti video di bawah untuk mengetahu cara untuk ‘servis’ kedua-dua komponen di mesin basuh.

Sumber: Syahman Abu Hasan

Amira

Love yourself.