Siakap Keli
Gambar Via CNBC

Kerajaan China Denda Syarikat Alibaba RM 11 Bilion, Didakwa Monopoli Pasaran

Alibaba Group dilaporkan telah didenda sebanyak 18.23 bilion yuan (RM11.5 bilion) oleh China dalam siasatan anti-monopoli terhadap syarikat teknologi itu.

Dalam kenyataan pada Sabtu, Pentadbiran Negara China bagi Peraturan Pasaran dipercayai telah menuduh Alibaba menyalahgunakan dominasi pasarannya.

Fokus utama penyiasatan adalah amalan yang memaksa peniaga memilih salah satu daripada dua platform, dan bukannya dapat bekerja dengan kedua-duanya, lapor CNBC.

Agensi itu mengatakan bahawa dasar ini menyekat persaingan di pasaran runcit online China dan melanggar hal dan kepentingan pengguna yang sah.

Menurut Global Times, Alibaba mengatakan bahawa mereka menerima hukuman itu dengan ‘hati yang terbuka’ dan akan mematuhinya.

Syarikat gergasi itu juga berjanji untuk memperkuat operasi berdasarkan undang-undang dan meningkatkan sistem pematuhannya.

Denda itu setara dengan 4% daripada jualan domestik Alibaba pada tahun 2019, lapor Bloomberg.

Pengumuman denda itu merupakan perkembangan terbaru tindakan keras China terhadap syarikat teknologinya.

Pengawal selia semakin prihatin terhadap kekuatan gergasi teknologi China terutama yang beroperasi di sektor kewangan.

Sumber: Global Times, CNBC, Bloomberg

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.