Siakap Keli

TERKINI COVID-19 Turun Berbanding Semalam, 1,510 Kes Baharu Hari Ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 1,510 kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini turut meningkat kepada 359,117 kes.

Menurut data yang dikeluarkan, Selangor masih lagi mencatatkan angka tertinggi dengan 415 kes hari ini, diikuti Sarawak dengan 296 kes dan Sabah 131 kes.

Bagaimanapun perincian selanjutnya belum dikemas kini setakat ini.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'