Siakap Keli

(Video) Sesuai Untuk Berbuka Puasa, Ini Resepi ‘Buko Pandan’ Yang Wajib Dicuba & Amat Menyelerakan

Ramadan bakal menjelang tiba. Jadi sudah tentulah golongan mak-mak, akak-akak dan para isteri semua paling bersemangat kali ni nak ‘beraksi’ di dapur memasak juadah berbuka puasa.

Kat media sosial pun tak kurang juga hebatnya, ramai netizen saling berkongsi pelbagai resipi menarik untuk juadah berbuka. Ada yang ’30 hari 30 resipi’, ada yang ‘menu singgah sahur’ lah, macam-macam.

Kalau menjengah ke bazar Ramadan pula, antara menu yang paling sinonim menjadi rebutan sepanjang Ramadan ialah air katira, kuih tepung pelita dan murtabak.

Ada satu lagi juadah yang mungkin korang terlepas pandang, iaitu buko pandan. Biasanya buko pandan ini dimakan selepas berbuka puasa sebagai pencuci mulut. Nak tahu resipinya? Jom ikuti turutan ini.

Resipi buko pandan

Cara buat sagu:

  • Masukkan sagu 1 1/3 gelas, biarkan selama 30 minit dan kacau
  • Cuci sagu dan tapiskan

Cara buat agar-agar:

  • Masukkan air 3 gelas setengah
  • Masukkan agar-agar
  • Masukkan 4 sudu gula
  • Letak perwarna hijau supaya agar-agar cantik
  • Biarkan mendidih
  • Selepas ‘masak’, bahagikan agar-agar
  • Masukkan agar-agar yang dipotong
  • Masukkan sagu tadi
  • Masukkan isi kelapa muda
  • Masukkan 1 tin susu cair
  • Masukkan susu pekat (kuantiti ikut selera kita)
  • Masukkan sedikit air kelapa
  • Masukkan perisa pandan

Untuk lebih faham, jom ikuti tutorial resipi yang dikongsikan oleh pengguna TikTok Nsyfqhrmn di bawah ini. Selamat mencuba.

@nsyfqhrmn

Reply to @nikemarlinaa Dessert untk bulan puasa ❤️#fyp #fypp #tiktokcooking #cookbypika

♬ original sound – Nsyfqhrmn – Nsyfqhrmn

Sumber: Tiktok

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'