Siakap Keli

Ada Yang Sampai 20 Jam Puasa, Ini Negara-Negara Yang Paling Lama & Singkat Tempoh Berpuasanya

Diam tak diam, sudah masuk bulan Ramadan. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa. Walaupun seluruh dunia menjalani ibadah dalam keadaan normal baharu.

Perbezaan garisan lintang dan bujur bagi setiap negara menyebabkan sesetengah negara mengalami tempoh puasa yang berlainan antara satu sama lain. Ada negara yang berpuasa hanya 11.5 jam sahaja dan ada juga benua yang berpuasa hingga lebih dari 20 jam.

Jom kita kenali negara yang berpuasa singkat dan lama di dunia. 

  • Timur Tengah

Bagi yang berpuasa di Timur tengah, mereka akan berpuasa antara 15 hingga 16 jam sehari.

Gambar Sekadar Hiasan
  • Afrika

Di seluruh benua Afrika, waktu berpuasa berlainan;

  • 11.5 jam di Afrika Selatan
  • 13 jam (Kenya)
  • 14 jam (Ethopian dan Yaman)
  • 14.5 jam (Sudan)
  • 15.5 jam (Mesir)
  • 16 jam (Maroko)
  • Eropah

Lain pula di benua Eropah. Seperti di negara-negara Nordik, umat Islam di sana akan berpuasa lebih dari 20 jam sehari kerana waktu siang yang panjang.

Antara  negara Nordic yang berpuasa lebih dari 20 jam

  • Norway
  • Greenland
  • Finland

Sementara di negara Eropah yang lain seperti Sepanyol, Perancis dan Itali akan menjalani ibadat puasa antara 16.5 hingga 18 jam sehari.

Bagi negara Eropah Timur pula, umat Islam di sana akan berpuasa selama 17 hingga 17.5 jam sahaja.

Gambar Sekadar Hiasan
  • Amerika Utara & Amerika Selatan

Bagi penduduk muslim di Amerika Utara ini, mereka akan menjalani ibadah puasa selama 16 hingg 17 jam. Manakala, di Amerika Selatan seperti di Argentina dan Chili, penduduk muslim di sana akan berpuasa hanya 11 jam sahaja dan di Brazil hanya 12 jam.

  • Asia

Seperti di negara China, tempoh berpuasa mereka adalah 16 jam sehari.

Manakala bagi negara Asia Tenggara pula tempoh masa berpuasa adalah sama dan hanya berbeza satu jam sahaja.

  • Singapura (13 jam)
  • Malaysia (13 jam)
  • Indonesia (13 jam)
  • Thailand (14 jam)

Manakala di India, Bangladesh dan Pakistan pula tempoh berpuasa mereka adalah 16 jam.

  • Australia

Bagi penduduk di Australia, mereka akan menjalani ibadah puasa selama 11 jam sahaja sehari.

 

Sumber: Tribunnews

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang