Siakap Keli

Premis Makanan Dibenarkan Operasi Sehingga Jam 6 Pagi Sepanjang Ramadan Sahaja

Kerajaan bersetuju membenarkan semua premis makanan untuk melanjutkan operasi sehingga jam 6 pagi sepanjang bulan Ramadan sahaja.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan memberi kelonggaran tersebut selepas mengambil kira pandangan ramai.

”Mensyuarat bersetuju iaitu semua restoran, warung, gerai, kedai makan atau coffee house di hotel, kedai makanan segera atau perkhidmatan penghantaran dibenarkan melanjutkan operasi mereka sehingga selepas waktu sahur iaitu pukul 6 pagi atau mengikut waktu yang ditetapkan oleh syarat lesen mereka.

”Walaubagaimanapun kebenaran ini hanya terpakai sepanjang bukan Ramadan sahaja.

”Manakala terdapat restoran atau kedai makan di dalam pasaraya dan ini adalah mengikut waktu operasi pasaraya tersebut,” katanya.

Sumber: Sidang Media Ismail Sabri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.