Siakap Keli

(Video)TERKINI: Tan Sri Syed Danial Sahkan Ibadah Puasa Bermula Esok Di Seluruh Malaysia

Bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia sudah pun tiba walaupun menjalani ibadah dalam norma baharu.

Terkini, seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam akan menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan pada esok, Selasa bersamaan dengan 1 Ramadan 1442 Hijrah (13 April 2021).

Pengumuman yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar menerusi siaran televisyen tempatan.

Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan dan rahmat yang melimpah seperti yang dijanjikan Allah SWT. Walaupun seluruh negeri berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP), namun kedatangannya masih dirasai oleh semua umat.

Bulan Ramadan kali ini mungkin sedikit berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ini negara sedang berusaha ‘berperang’ dengan Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

Tahun ini mungkin berbeza dengan tahun lepas, tahun ini umat Islam boleh mengerjakan solat terawih di masjid dan membeli juadah makanan di bazar dengan mengikut SOP yang ditetapkan.

Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna buat semua umat Islam khususnya di Malaysia dan seluruh dunia.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang