Siakap Keli

Dugaan Di Hari Pertama Berpuasa, Bazar Ramadan Di Seremban 2 Banjir, Khemah Di Sendayan Diterbangkan Angin

Sejak kebelakangan ini, hujan lebat dan cuaca buruk sering berlaku di beberapa negeri. Perkara yang paling dibimbangkan, terjadi hari ini pada awal Ramadan.

Paling terkesan, para peniaga di Bazaar Ramadan Garden Homes Seremban 2 terpaksa merendah air banjir menjual juadah untuk berbuka.

Menerusi kiriman daripada Negeri Sembilan Kini, cuaca yang tidak menentu serta hujan lebat dan banjir kilat berlaku di sekitar kawasan tersebut.

Selain itu, tragedi ribut berlaku di sekitar Sendayan mengakibatkan beberapa khemah bazaar Ramadan turut roboh akibat hujan lebat.

Dugaan petang ni, habis khemah niaga roboh sebab hujan lebat di Sendayan. Di Seremban 2 banjir pula bazaarnya.. Semoga ada hikmah dugaan ni..

Posted by Noor Shahidah on Tuesday, April 13, 2021

Kejadian ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Noor Shahidah. Semoga para perniaga di bazar tabah menghadapi ujian di hari pertama bulan Ramadan ini.

Bagi yang sedang memandu di kawasan ini, dinasihatkan untuk berhati-hati terutamanya buat penunggang motorsikal.

Sumber: Negeri Sembilan Kini, Noor Shahidah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.