Siakap Keli

“Guna Wang Rakyat Naiki Pesawat Mewah Adalah Tidak Benar..,” Dr. Zul Jawab Kritikan Dari Netizen

Tular di media sosial sejak hari ini sebuah video mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri yang menaiki pesawat mewah bersama rombongan ke Madinah bagi urusan kerajaan.

Video yang meraih ratusan ribu tontonan itu dibanjiri dengan ratusan komen oleh warganet di mana ada di antaranya yang mempersoalkan ‘tajaan’ pesawat mewah yang didakwa menggunakan wang rakyat.

Menepis dakwan tersebut, Dr Zulkifli tampil membuat penjelasan panjang lebar mengenai video berkenaan yang disalah erti sehingga mengundang fitnah yang tidak sepatutnya.

Tegasnya, penerbangan ke Madinah seperti di dalam video berkenaan diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League) di atas jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Saya cuma mendapat makluman berkenaan video yang telah tular, beberapa ketika tadi. Melihat komen dan kenyataan yang dikeluarkan, perlu bagi saya untuk menyatakan beberapa penjelasan.

1. Saya menaiki penerbangan SAUDIA Airlines daripada KL – Riyadh, sama seperti penumpang lain.

Alhamdulillah, ramai juga yang bertanya kepada saya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian. Saya doakan semoga Ramadhan kali ini mampu mendidik jiwa kita ke arah yang diredhai-Nya.

2. Penerbangan daripada Riyadh ke Madinah seperti dalam video tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Liga Muslim Sedunia (Muslim World League).

3. Ini berikutan jemputan Diraja oleh Gabenor Madinah, YM Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud kepada saya untuk bertemu baginda di Madinah.

4. Baginda amat sukacita apabila mendapat tahu ada seorang Menteri daripada Malaysia, berkelulusan Universiti Islam Madinah, telah datang ke Arab Saudi atas urusan negara. Atas sebab itulah jemputan Diraja dizahirkan berserta dgn pesawat berkenaan. Begitulah sebagaimana yang saya dimaklumkan.

5. Ingin saya nyatakan bahawa semua program dan mesyuarat penting berkaitan haji, umrah dan hal ehwal Islam sepanjang saya di Arab Saudi diaturkan dan ditaja penuh oleh Liga Muslim Sedunia.

6. Saya melihat ia adalah tanda penghormatan baginda, Kerajaan Arab Saudi dan pihak Liga Muslim Sedunia kepada Kerajaan Malaysia.

7. Justeru, kenyataan bahawa saya bertindak menyalahgunakan wang rakyat untuk menaiki pesawat mewah sepanjang di sana / menuju ke sana adalah tidak benar.

Saya maafkan tuduhan tersebut. Tidak ada apa-apa yang perlu saya simpan di hati. Sejujurnya, sepanjang di sini saya sentiasa mendoakan kebaikan kepada rakyat Malaysia, dan sudah pasti kepada umat Islam di Malaysia.

Inisiatif RM14 juta #RamadhanPrihatin yang digerakkan oleh agensi-agensi saya sepanjang Ramadhan ini sebagaimana yang saya umumkan semalam, akan sentiasa dipantau walaupun saya tidak berada di Malaysia.

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna untuk kita semua, terutamanya kepada mereka yang lebih memerlukan.

Yang benar,

Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Madinah al-Munawwarah

13 April 2021, 12.30 PM

Sumber: Twitter @drzul_albakri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.