Siakap Keli

Menjelang Ramadhan, Ini Tips Mudah Buat 4 Pes Wajib Untuk Masak Juadah Sahur & Berbuka Puasa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila tiba bulan Ramadan, antara perkara yang sering membuatkan para ibu risau adalah memikirkan menu juadah bersahur dan berbuka untuk seisi keluarga. Tambah-tambah lagi bila si ibu seorang yang bekerjaya, pasti ada saja ‘pes’ rahsia untuk mudahkan kerja mereka.

Tidak dinafikan, pengurusan masa amat penting semasa di bulan Ramadan, bagi ibu yang sibuk menguruskan hal kerja, mereka juga perlu menguruskan anak-anak yang masih kecil dan yang bersekolah.

Jadi, untuk memudahkan para ibu, seorang wanita telah berkongsi resipi pes penting untuk masakan kepada semua wanita di luar sana. Antara pes yang bakal dikongsikan adalah pes bawang putih dan merah serta pes sambal cili hijau dan merah.

Cara dan bahanya cukup mudah untuk didapati di mana-mana kedai atau pasaraya.

Resepi pes sambal merah & hijau

Dah lama sebenarnya tak buat pes. Sengaja buat from scratch. Tapi menjelang Ramadan plan kurangkan masa di dapur. So, buat dua pes ni dulu.

  • Pes sambal merah

Bahan – cili kering tiga suku periuk, tiga biji bawang merah, ikan bilis segenggam, air asam.

Cara :

Rebus cili, kisar dengan bawang dan ikan bilis, tumis dengan minyak yang banyakkkk…masuk air asam, garam, gula…lebih kurang 45 minit dah boleh padam api, sejukkan dan simpan chiller

Tujuan: Buat pelbagai jenis sambal, rencah nasi goreng, rencah mee goreng dan lain-lain.

  • Pes sambal hijau

Bahan: Cili padi tiga suku blender, tiga biji bawang merah, sebiji tomato, ikan bilis satu cawan (lagi banyak lagi sedappp).

Cara:

Kisar cili padi dengan bawang, dah halus masukkan tomato dan ikan bilis, kisar kasar dan tumis dengan minyak yang banyakkkk, masukkan garam dan gula, 45 minit dah boleh padam api, tunggu sejuk, simpan chiller.

Tujuan: Buat sambal cili padi, rencah nasi goreng, rencah sayur, dan lain-lain.

“Makan dengan nasi panas-panas pun sodap.”

Bukan itu sahaja, Susun Atur Sioca ini juga berkongsi tentang resipi pes bawah merah dan putih sesuai untuk digunakan dalam apa jua masakan.

Resepi pes bawang merah & putih

Hari ni siapkan pes bawang merah & bawang putih pula. Simple sangat caranya.

  • Pes bawang merah

Cara – kisar kasar bawang merah dengan minyak, letak dalam bekas kering, litupi dengan minyak sebagai pengawet, tak perlu tumis

  • Pes bawang putih

Cara – sama macam bawang merah cuma tukar ke bawang putih dan kisar halus
Bau pes bawang putih tu sungguh sedappp, macam garlic spread…

 

Sumber: Susun Atur Sioca

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang