Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Senarai Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2021 Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

Pada hari ini, umat Islam seluruh dunia mula mengerjakan ibadat puasa di dalam bulan Ramadan. Pelbagai amalan boleh dilakukan bagi memperolehi ganjaran pahala yang berlipat ganda di dalam bulan yang mulia ini.

Pun begitu, umat Islam dinasihatkan agar tidak lupa untuk mengeluarkan zakat fitrah kepada amil yang dilantik. Tujuan zakat fitrah ini adalah supaya dapat meringankan beban golongan yang layak menerima sebelum menjelang Raya.

Kadar bayaran zakat adalah berbeza bagi setiap negeri. Jadi, anda boleh merujuk kepada senarai di bawah untuk mengetahui senarai bayaran zakat di negeri anda.

Perlis – RM7
Pulau Pinang – RM7, RM12, RM16
Kedah – RM7, RM14, RM16
Perak – RM7, RM14, RM21
Selangor – RM7, RM14, RM21
Wilayah Persekutuan(KL, Putrajaya & Labuan) – RM5, RM7, RM14
Melaka – RM7, RM14
Johor – RM7, RM10
Pahang – RM7
Terengganu – RM7
Kelantan – RM7, RM14, RM21
Sarawak – RM7
Sabah – RM7
Negeri Sembilan -RM7

Bagi yang hendak membuat pembayaran dalam talian, anda boleh melayari pautan yang disertakan di setiap negeri.

Sumber: Malaysia Government Call Centre

Amira

Love yourself.