Siakap Keli

Tak Tahu Dah Mula Puasa, Anak Lee Chong Wei Sedih, Kawan-Kawan Muslim Tak Nak Makan Bersama Hari Ini

Seperti semua sedia maklum, umat Islam sudah mula berpuasa bermula hari ini dalam bulan Ramadan. Anak-anak yang bersekolah juga terutama sekolah rendah sudah mula belajar berpuasa.

Mungkin kawan-kawan bukan muslim ada yang tidak faham dan menjaadi pelik, kenapa rakan-rakan muslim mereka tidak mahu makan ketika waktu rehat. Perkara itu dialami sendiri oleh anak Dato’ Lee Chong Wei, Kingston.

Dalam satu kiriman terbaru Lee Chong Wei di Facebook, anaknya mengadu bahawa dia berasa sedih rakan-rakannya yang muslim tidak mahu makan bersamanya hari ini dan cikgu juga meminta Kingston makan jauh dari rakan-rakan lain.

Lee Chong Wei rasa bersalah dengan keadaan itu kerana tidak menceritakan kepada anaknya bahawa hari ini sudah mula berpuasa bagi seluruh umat Islam.

“Papa, I ada soalan nak tanya” ditanya anak saya dalam perjalanan dari sekolah tadi.
“Tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa ?” Muka anak terus muram bagai kaca ditimpa batu.
Tidak sempat saya menjawab, dia terus sambung “Pastu I pon dinasihat cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan I. Apa salah say a, papa?”

Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini.
“koko @kingstonleekc , you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan Cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu. Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain. ”
Sulung yang kini dah 8 tahun sudah start menunjukkan sikap memberontak. “Kenapa kena bertolak ansur ? Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal” .

Belum sempat saya marah, tangan penampar @wongmewchoo terus melanda ke atas tangan anak. Tahulah saya dia pandai smash gak, tapi memang laju tangan dia kali ni.Sulung pun menangis bertanya sebab.

“Kalau kita tak bertolak ansur, koko tidak akan ada kawan Amli dan Syihan lagi. Bayangkan kalau tak bertolak ansur, koko main mercun semasa New Year mestinya dimaki. Jika tidak hormat, kawan India buat perarakan Thaipusam semestinya dihalang. Andainya tidak menghormati sesama lain, tak mungkin shopping mall KL ada Christmas tree masa Christmas”, jawabnya saya.

“Kita menang bola dan Thomas Cup pun sebab kita bertolak ansur dan bersatu padu”, disambung saya.
Dengan muka menyesal, pendek sahaja jawapan anak saya “Saya mahu berkawan baik dengan Amli dan Syihan” .

Itulah cerita hari ni. Saya Chong Wei dan Mew Choo sekeluarga ingin memohon-maaf dan mengucapkan Selamat Berbulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam. Have a blessed puasa month.
Batu Covid pasti berudang,
Diharap bersabar sesama sembahyang;
Petunjuk Ramadhan moga diundang,
Semoga Raya di kampung tersayang.
Note : Nama bukan nama sebenar
#RamadanKareem2021
祝福穆斯林朋友斋戒月斋戒功修顺利平安

Sumber; Lee Chong Wei

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)