Siakap Keli
Gambar: Youtube

(Video) Boleh ‘Set’ Nak Balas Apa, Ini Cara Mudah Untuk ‘Reply Whatsapp’ Secara Automatik

Penggunaan aplikasi Whatsapp sememangnya memberikan pelbagai kemudahan kepada ramai orang. Dengan kemudahan ini, pengguna boleh menyampaikan sesuatu maklumat dengan mudah.

Aplikasi ini juga digunakan untuk pengguna berbual dengan pengguna yang lain. Namun, tidak sentiasa pengguna aplikasi ini mempunyai masa untuk membalas mesej daripada rakan mereka. Jadi, untuk elakkan rakan tersinggung, terdapat cara untuk tetapkan ‘auto reply’ di aplikasi tersebut.

Seperti yang dikongsikan dalam video di bawah,  pengguna perlu menggunakan aplikasi tambahan iaitu AutoResponder for WA – Auto Reply Bot. Cara untuk menggunakan pula boleh dirujuk menerusi video di bawah.

Kredit: AsoftClick

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa