Siakap Keli
Gambar: Red Bull Racing Honda

(Video) Siapa Lebih Kuat? 8 Pemain Ragbi Cuba ‘Beradu Tenaga’ Dengan Jentera F1, Ini Yang Jadi

Pernahkah anda terfikir, bagaimana jika sebuah kereta Formula Satu (F1) diadukan dengan tenaga lapan orang pemain ragbi profesional yang gagah?

Beberapa hari lalu, akaun TikTok dengan nama @rugby.allstar mengunggah sebuah video dari YouTube Red Bull Racing Honda bertajuk “The F1 Scrum with Daniel Ricciardo and Bath Rugby Club”.

@rugby.allstar

Repost if my most viral video, can it go viral again? #BOSSUpYourGame #LiveForTheChallenge #f1 #danielricciardo #bathrugby

♬ The Nights – Avicii

Dalam video tersebut, cabaran kumpulan Red Bull Racing F1 untuk “beradu tenaga” menentang Red Bull RB8 (RB8) ini disahut oleh Bath Rugby Club.

Mampukah 831 kilogram jisim para pemain ragbi ini menahan kekuatan jentera yang mencapai 1000 bhp?

Dalam perlawanan sengit ini, RB8 dipacu oleh Daniel Ricciardo, sebuah nama besar yang tidak asing lagi dalam perlumbaan F1.

RB8 juga pernah mengalahkan sebuah pesawat pejuang F16 dan beberapa model kereta lain dalam satu perlumbaan 400 meter di lapangan terbang Istanbul.

Di luar dugaan, ternyata lapan orang pemain ragbi dari Bath Rugby Club ini mampu menahan kelajuan RB8 yang direka khas untuk juara dunia.

Menurut Ricciardo, pengalaman berada di dalam RB8 sambil ditolak sekumpulan lelaki sasa adalah sesuatu yang mengujakan.

SUMBER: Red Bull, TikTok Rugby beast, YouTube Red Bull Racing Honda

Eyla Azri