Siakap Keli
Gambar: Khoirul Anam

“Belum Ada Pasangan?” Lelaki Ini Tawar Khidmat Kejutkan Sahur, Servis Percuma Sebab Takut Dia Pun Tak Bangun

Seorang lelaki berasal dari Magelang, Jawa Tengah menawarkan khidmat mengejutkan sahur secara percuma sempena Ramadhan ini, lapor Tribun News.

Menurut portal itu, Khoirul Anam telah mempromosikan perkhidmatannya itu melalui Instagram serta sepanduk yang digantung di tiang elektrik.

Jelas pemuda itu, dia bersedia untuk dihubungi pada 2 pagi sehingga waktu Imsak selama sebulan. Malah, Anam juga turut menawarkan ganjaran berbuka puasa bersama bagi individu yang menggunakan perkhidmatannya.

“Bagi yang nanti malam tak ada yang bangunkan sahur, boleh guna khidmat saja Jasa Membangunkan Sahur (JMS). Percuma. Standby dari jam 2 pagi sehingga imsak. Puasa dah tak rasa solo lagi.

“Langgan sebulan pun boleh, hadiahnya buka puasa bersama,” tulis lelaki itu di Instagram miliknya. Ujarnya, dia menawarkan khidmat itu agar berbeza dengan orang lain.

Malah, sejak 1 Ramadhan lalu, Anam telah dihubungi beberapa individu yang menginginkan servisnya.

“Sudah ada beberapa orang menghubungi (saya), dan sudah membangunkan orang di sahur pertama,” katanya.

“Saya kejutkan 11 orang, yang bangun hanya tiga. Tapi tak apa, yang penting usaha.”

Kongsi Anam, dia akan menelefon individu yang mahu dikejutkan sahur sebanyak tiga kali. Jika tiada respon, dia akan menghubungi individu seterusnya.

Dia menawarkan khidmat itu bukan sahaja di daerah asalnya, Magelang, malah di seluruh Indonesia.

“Sengaja saya bagi percuma. Kalau bayar, takut saya yang tertidur.

“Kalau percuma kan seronok, sama-sama tak rugi,” ujar lelaki itu.

Sumber: Tribun News

Amira

Love yourself.