Siakap Keli
Gambar via NHK

Bantu Selamatkan Orang Tua, Kucing Ini Diberi Anugerah ‘Ketua Polis’ Untuk Sehari

Di Jepun, seekor kucing betina, Koko-chan, dilantik sebagai ketua polis untuk satu hari. Koko-chan telah menyelamatkan seorang lelaki warga emas yang pengsan dan terjatuh ke dalam parit.

Insiden ini terjadi di kota Toyama, Jepun, Jun tahun lalu.

Gambar via NHK

Koko-chan bertindak memberi petunjuk kepada tuannya, Tomoko Nitta. Lelaki warga emas yang sudah tidak sedarkan diri tersebut diselamakan Nitta bersama warga yang lalu-lalang.

Dalam sebuah majlis anjuran pihak polis, Koko-chan dikurniakan sijil penghargaan kerana memberi komitmen dalam melindungi keselamatan warga sekitar. Majlis tersebut tidak kurang meriah walaupun yang diraikan adalah seekor kucing.

Gambar via NHK

Koko-chan dilantik sebagai ‘ketua polis’ di Balai Polis Toyama Minami selama sehari, 13 April lalu.

Sebagai ‘ketua polis’ untuk hari itu, Koko-chan dibawa melawat ke kelas keselamatan jalan raya di Sekolah Rendah Kumano.

Kanak-kanak di sana diajar undang-undang keselamatan jalan raya seperti melihat kiri dan kanan apabila melintas, dan mengangkat sebelah tangan sebagai isyarat melintas.

“Koko nampak gementar dan selalu keluar rumah bila anak-anak mahu berangkat ke sekolah. Jika terjadi apa-apa, saya berharap Koko memberi isyarat kepada saya seperti sebelumnya,” kata Nitta.

Sumber: NHK

Eyla Azri