Siakap Keli

Dipukul Kerana Puasa: Polis Kesan Ada Pihak Ugut Isytihar ‘Perang’, Kepung Klang

Baru-baru ini telah berlaku kejadian dua pengawal peribadi dipukul oleh majikan kerana berpuasa. Polis Kontinjen Selangor dalam satu kenyataan telah mengesan beberapa video klip yang dimuatnaik dari pelbagai platform media sosial yang menggesa supaya tindakan setimpal diambil terhadap suspek yang memukul dua orang pengawal peribadi kerana berpuasa.

Selain daripada itu, turut terkesan, beberapa gesaan berbaur ugutan daripada pihak tertentu untuk mengisytiharkan perang dan mengepung kawasan Klang. Kenyataan sebegini, boleh mengeruhkan keadaan serta menjejaskan ketenteraman awam dan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mengatakan bahawa sehingga kini, Pihak Polis mengesahkan bahawa seramai 5 orang telah ditangkap melalui beberapa siri tangkapan bagi membantu siasatan. Dari jumlah tersebut, seramai 4 orang telah ditangkap di Klang Selatan, Selangort sementara seorang lagi di Dang Wangi, Kuala Lumpur. Kesemua suspek telah ditahan reman antara lima hari hingga tujuh hari.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita dari sumber yang tidak sahih. Pihak polis menggesa dan menasihatkan masyarakat di luar agar tidak mengambil tindakan undang-undang di tangan sendiri dan mengeruhkan keadaan.

Sumber: Polis Selangor

Teringin Nak Set Tilam Ala-Ala Hotel 5 Bintang, Ini Tilam Jadi Rebutan Ramai Siap Boleh Try Dulu 100 Hari, Tak Suka Boleh ‘Return’

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang