Siakap Keli

(Video) “Anak Isteri Patah Hati & Bawa Diri”, Rumah Penuh Barang, Seribu Satu Kisah Duka Disebalik Beli Rumah Lelong

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sebagai manusia biasa, setiap orang perlu menerima kenyataan bahawa ada ujian yang akan sentiasa datang menerpa di setiap langkah yang dilalui dalam kehidupan ini.

Terkadang, kita terlalu merasa senang dan tidak beryukur dengan nikmat yang diterima hingga tidak sedar bahawa ia juga bila-bila masa saja akan ditarik balik dan lesap sepenuhnya.

Sama juga bila mempunyai keluarga yang bahagia, hargailah setiap detik bersama dan cuba untuk memperbaiki setiap masalah yang berlaku agar anak-anak juga tidak menjadi mangsa.

Seperti satu video di TikTok ini yang memaparkan kisah sedih sebuah keluarga yang benar-benar berlaku hingga menyebabkan rumah mereka dilelong.

@sharizaabdlatif

Kisah di sebalik rumah lelong.. Moga yang baik-baik sahaja untuk semua! #rumahlelong #zsteam

♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Apa yang lebih menyedihkan, video yang dimuatnaik oleh Shariza Abd Latif itu memperlihatkan barang-barang pemilik rumah itu yang ditinggalkan begitu saja.

Ekoran daripada video itu, Akhtar Syamir berkongsikan sebab-sebab sesebuah rumah perlu dilelong. Dia juga memberikan pesanan dan nasihat kepada orang ramai agar sentiasa menghargai keluarga masing-masing.

Ikuti perkongsiannya di bawah ini.

Inilah jadinya bila rumah kena lelong. Bayangkan barang-barang semua masih ada macam baru semalam mereka keluar dari rumah tu.

Mungkin notis dah lama diberi tapi tak mampu nak cari rumah lain. Akhirnya terpaksa keluar tanpa sebarang persediaan untuk pindah barang.

Kenapa kena lelong? Ada beberapa sebab.

1. Yang buat pinjaman tak mampu bayar.
2. Pinjaman dibuat atas nama suami dan isteri tetapi berpisah.
3. Peminjam meninggal dunia dan waris tidak mampu selesaikan hutang.

Ketiga-tiga sebab ini sangat menyedihkan. Kerana ada yang merana. Di sebalik kejayaan membida rumah lelong, tersembunyi penyeksaan dan sejarah perit.

Mungkin rumah itu pernah dipenuhi dengan kebahagiaan. Gelak tawa suami isteri serta anak-anak. Mungkin juga pernah berlaku pergaduhan sehingga menyebabkan perpisahan. Mungkin tersembunyi satu penyeksaan. Atau mungkin kesusahan dan perit getir untuk meneruskan kehidupan tetapi berakhir dengan rumah dilelong.

Bersyukur dan sayangilah apa yang kita ada sekarang. Mungkin esok lusa ianya akan hilang. Mungkin kita terlupa untuk menjaga hati yang tersayang atau mungkin ujian hidup yang teruk bakal mengetuk pintu rumah kita.

Semoga dijauhkan ujian atau akibat seperti ini dari keluarga kita semua. Ada antara sebab yang kita tak boleh kawal. Tiada siapa minta untuk dibuang kerja. Tiada siapa minta untuk hidup susah. Tiada siapa juga minta untuk meninggal dunia. Tapi ada sebab yang kita boleh bersedia dengan hibah.

Jika ada hibah, mungkin hutang itu boleh diselesaikan.

Tetapi, jika disebabkan perpisahan, amatlah menyedihkan.

Cuba bayangkan keadaan mereka yang terpaksa keluar dari rumah tergopoh-gapah tanpa sempat pindah barang macam ni? Kalau ada anak kecil macam mana? Allah kesiannya la. Semoga dipermudahkan urusan mereka.

BroOhsem

Sumber: Akhtar Syamir, Sharizaabdlatif

Sofea

There's always another side to every story