Siakap Keli

Siti Aafiyah Dah Dapat Adik, Siti Nurhaliza Selamat Lahirkan Anak Lelaki Seberat 3.84kg

Penyanyi nombor satu negara, Dato Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata kedua sekitar jam 6.21 pagi ini di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Pengurus Siti dalam satu kenyataan media bekata, bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

”Siti dan juga bayi berada dalam keadaan baik dan sihat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

”Apa yang penting bagi Khalid adalah ibu dan anak berada dalam keadaan sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar,” kata pihak pengurusan menerusi hantaran di Instagram Siti, sebentar tadi.

Dalam kesempatan itu, Siti dan suaminya turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Siti dan Datuk K melangsungkan perkahwinan pada 21 Ogos 2006 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 lalu.

Mummy to-be semua yang nak beli barang baby, klik di sini ya!

Sumber: Instagram ctdk

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.