Siakap Keli
Gambar: Google

Terasa Dibohongi, Lelaki Dilapor Minta Ganti Rugi RM1.4 Juta Setelah Dapat Tahu Isteri Dinikahinya Adalah Janda

Gara-gara menyembunyikan status dirinya yang sebenar sebagai seorang janda, seorang wanita di Indonesia telah dibawa ke muka pengadilan selepas suaminya berasa tertipu, lapor Detik News.

Dipercayai pernah berkahwin pada 1996, dia dikatakan tidak berterus terang dengan suami barunya sehinggalah perkara itu terbongkar 13 tahun kemudian.

Si suami yang berasa tertipu telah membuat tuntutan di mahkamah kerana berasa rugi membiayai pernikahan dan pembelajaran wanita itu sehingga ke peringkat kedoktoran, tulis portal berkenaan.

Tambah portal berkenaan, lelaki itu juga turut menuntut ganti rugi sekitar RM1.4 juta dari wanita yang dinikahinya sejak 2006 itu.

Kedua-dua mereka dilaporkan telah berkenalan melalui ibu kepada wanita berkenaan dan menjalani hubungan jarak jauh selama tiga bulan.

Namun, pihak perempuan tidak pernah memberitahu status sebenar wanita berkenaan sebagai janda kepada lelaki tersebut. Malah, wanita itu dikatakan telah membuat pernyataan palsu dan mengaku dirinya sebagai perawan semasa mengisi dokumen pernikahan.

Susulan itu, mahkamah mendapati dia bersalah kerana memberikan keterangan palsu dalam dokumen asli pernikahan. Lantaran itu, hakim dilaporkan telah menjatuhkan hukuman selama 1 bulan 9 hari kepada wanita tersebut.

Sumber: Detik News

Amira

Love yourself.