Siakap Keli
Gambar Via Kompas

Tumpahan Minyak Dikesan Dikawasan Kapal Selam KRI Nanggala Dengan 53 Kru Dipercayai Hilang

Pencarian kapal selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan hilang telah diperluaskan dengan mengerahkan pelbagai peralatan pencarian di dasar laut.

Menurut Kompas.com, pasukan pencarian menemui tumpahan minyak di sekitar kawasan yang disyaki menjadi lokasi tenggelamnya KRI Nanggala. Minyak itu disyaki berasal dari kapal selam tersebut.

Ketua Laksamana Angkatan Laut (Kadispenal) Laksamana Pertama, Julius Widjojono, mengatakan bahawa KRI Nanggala-402 terputus hubungan dan tidak dapat dihubungi sekitar jam 3 petang waktu tempatan.

Ketika itu, KRI Nanggala-402 telah mendapat izin menyelam untuk melakukan latihan penembakan torpedo.

“Pukul 7 petang tadi, satu pemerhatian dari udara dengan menggunakan helikopter dilakukan dan mendapati terdapat tumpahan minyak di sekitar posisi menyelam,” kata Julius.

Dari analisis sementara, ada kemungkinan bahawa terjadinya black out ketika kapal selam itu menyelam secara statik. Ia membuatkannya tidak terkawal dan tidak dapat menjalankan prosedur kecemasan.

Akibatnya, kapal itu jatuh pada kedalaman sekitar 600 hingga 700 meter di atas permukaan laut.

Di samping penemuan tumpahan minyak di sekitar kawasan kejadian itu, ada kemungkinan juga berlakunya kerosakan pada tangki minyak bahan bakar kerana tekanan air laut.

Terdapat 53 orang anak kapal dilaporkan berada di dalam kapal selam itu bersama 1 unit komandan dan 3 anggota bersenjata.

Sumber: Kompas.com

Sofea

There's always another side to every story