Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

(Video) Hanya Beberapa Inci Dari Mulut, Kura-kura Ni ‘Selamber’ Halau Singa Dari Minum Air Di ‘Tempatnya’

Sebut sahaja singa, pasti ramai yang berasa gerun dengan raja hutan ini. Renungan matanya yang tajam taring yang boleh membunuh mangsa dalam masa singkat menunjukkan betapa bahayanya karnivor ini.

Namun, biar namanya raja rimba, kekuasaannya mungkin terhad apabila tiba di gigi air. Dalam video dikongsikan Daily Mail baru-baru ini, seekor kura-kura kecil dengan beraninya ‘menghalau’ dua ekor singa yang sedang minum air di Greater Kruger Park, Afrika Selatan.

Rakaman itu telah berjaya dirakam oleh pemandu safari, Reggi Barreto, 30, ketika membawa pelawat berhampiran Sand River di rizab tersebut.

“Saya tahu singa akan mencari air untuk minum dan kami berada di kedudukan terbaik dengan pencahayaan cahaya matahari, bersedia untuk melihatnya,” kata Reggi,

“Apa yang berlaku kemudiannya tidak dijangka. Saya terkejut apabila melihat kura-kura itu keluar daripada air dan pergi ke arah singa jantan, kemudian singa betina.

Jelasnya, kedua-dua singa itu kelihatan terganggu dengan reptilia kecil tersebut, namun tetap meneruskan hajat melegakan dahaga.

Malah, biarpun dengan kesan darah pada dagu karnivor tersebut dipercayai selepas membaham seekor kuda belang, kura-kura berkenaan tetap tidak takut apabila ia timbul hanya beberapa inci daripada mulut pemangsa itu.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.