Siakap Keli
Gambar: Akeem

(Video) “Kalau Nak Order Barang…”, Abang Ni Kongsi Fungsi Kad MAE Maybank Yang Ramai Tak Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kalau korang merupakan pengguna Malayan Bank Berhad atau Maybank, mesti korang pernah berpengalaman tukar kad ATM dengan pelbagai jenis ‘design’ kan? Semuanya lawa belaka.

Tapi tahukah korang, ada satu lagi kad daripada Maybank yang korang boleh guna untuk urusan transaksi harian. Lagi mudah, fungsinya agak hampir sama dengan kad ATM tapi yang ini ‘berbeza’ sedikit.

Baru-baru ini, seorang warga Twitter Akeem berkongsi tentang penggunaan kad keluaran Maybank iaitu MAE. Apa itu MAE dan apakah kegunaannya? Jom ikuti bebenang di bawah ini.

 

 

 

 

 

 

Betul kata Akeem. Menariknya, mana-mana pengguna yang BUKAN ahli Maybank pun tetap boleh gunakan fungsi MAE ini. Apa kata korang baca penjelasan tentang MAE di SINI.

BACA: Pelik Betul, Kau Beli Barang Tapi Dapat Duit Balik?

 

Apa itu aplikasi MAE & cara gunakannya

Tahu tak korang, Maybank2u kini ada bangunkan satu aplikasi iaitu MAE by Maybank2u, di mana korang boleh berbelanja menggunakan duit  secara tanpa tunai.

MAE ni fungsi dia sama macam e-Wallet lain, tapi yang bestnya korang boleh ‘tebus’ balik duit korang pada kempen-kempen tertentu.

Tiada akaun Maybank? Jangan risau. MAE ni boleh dimuat turun dan digunakan oleh semua orang tak kira korang pengguna bank mana sekalipun… dan ianya percuma.

Tak kiralah tua atau muda, adik-adik dari umur 18 tahun hinggalah ke abang-abang atau akak-akak berusia 50 tahun, semua boleh guna MAE ni.

Caranya mudah saja. Muat turun aplikasi MAE di Play Store atau App Store, daftar maklumat diri, aktifkan fungsi ‘Scan & Pay’ dan korang boleh mula berbelanja. Senang je kan?

Jom tonton cara-cara menggunakan aplikasi MAE di bawah ini. Selamat mencuba.

Sumber: Twitter Akeem

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'