Siakap Keli

Boleh Menyelam Maksimum 250-500 Meter, Pasukan Penyelamat Khuatir KRI Nanggala Tenggelam Hingga Kedalaman 600-700 Meter

Sehingga saat ini, pihak tentera laut Indonesia telah mengerahkan semua aset untuk mencari kapal selam KRI Nanggala-402 yang dilaporkan hilang sejak semalam. Tidak cuma itu, tentera laut dari Malaysia dan Singapura juga turut tampil membantu operasi pencarian tersebut.

Kapal selam yang disyaki tenggelam itu dikatakan berada di kedalaman 600 hingga 700 meter di bawah permukaan laut.

Pun begitu, timbul kerisauan kerana kedalaman maksimum yang mampu diselami oleh kapal itu dilaporkan hanya 250 hingga 500 meter sahaja, lapor Kompas.com.

“Ia hanya boleh menyelam sedalam 250 hingga 500 meter sahaja, jika lebih dari itu, ia boleh membawa maut,” kata Ketua Laksamana Angkatan Laut (Kadispenal) Laksamana Pertama, Yulius Widjojono.

Meski demikan, pihaknya akan terus melakukan pencarian dan optimis akan menemukan kapal selam yang diperbuat dari Jerman itu.

Yulius juga memohon doa daripada semua pihak agar KRI Nanggala itu ditemukan dalam keadaan yang baik.

Sementara itu, Panglima Angkatan Laut (KSAL) Laksamana TNI Yudo Margono mengatakan bahawa terdapat dua kemungkinan mengenai keberadaan kapal selam itu.

Yudo mengatakan bahawa kapal selam itu mungkin berada pada kedalaman 50 hingga 100 meter kerana tumpahan minyak yang ditemukan di lokasi di mana kapal itu hilang.

Bukan itu sahaja, daya magnetik yang tinggi telah dikesan pada kedalaman 50 hingga 100 meter itu di perairan Bali.

Jika kapal itu masih terapung pada kedalaman 50 hingga 100 meter, ada kemungkinan bahawa ia ‘membuang’ cairan minyak di situ.

“Ada minyak yang dibuang di sana, ia dilakukan dengan harapan untuk meringankan berat kapal selam tersebut sehingga ia boleh terapung,” jelas Yudo.

Kemungkinan kedua ialah tangki bahan api KRI Nanggala mengalami keretakan dan bocor.

Ia sekaligus menyebabkan kapal selam itu black out dan tenggelam pada kedalaman 500 hingga 700 meter.

Tentera Nasional Indonesia (TNI) juga hanya memiliki 72 jam untuk melakukan operasi pencarian berdasarkan keupayaan oksigen yang ada pada kapal selam itu.

Sumber: Kompas.com, Tribun News

Sofea

There's always another side to every story