Siakap Keli
Gambar via @celebritygist ,@aliolakunmi, Twitter

Dari Tidur Bawah Jambatan Ke Dunia Fesyen, Kisah Lelaki Gelandangan Jadi Model Sensasi Dengan 3.7k ‘Followers’

Bermula dari seorang gelandangan yang berumah di bawah jambatan, lelaki asal Nigeria ini berpeluang jadi model terkenal.

Hidup Ali Olakunmi, lelaki gelandangan asal Osun, Nigeria mungkin berubah setelah pertemuan tak sengaja dengan seorang pengarah kreatif ketika melakukan penggambaran di bawah jambatan tempatnya tidur.

Pada ketika itu, pengarah kreatif tersebut, Afolabi, sedang menunggu modelnya yang tak kunjung tiba. Sementara menunggu, dia memutuskan untuk menjadikan Ali, lelaki yang sedang tidur di bawah jambatan itu sebagai model.

“Saya percaya Ali memang dilahirkan untuk ini. Gaya, struktur tubuh dan tona kulitnya sempurna,” Afolabi menulis dalam kiriman di Twitternya.

Kiriman tersebut menunjukkan gambar Ali yang diambil memakai busana bergaya dengan pose seakan-akan model profesional.

Tidak lama selepas kiriman Twitter ini tular, muncul pula video di TikTok menunjukkan Afolabi mendekati Ali yang sedang tidur di bawah jambatan. Kisah luar biasa ini sekali lagi mendapat sorotan orang ramai.

@celebritygist

From sleeping under Lagos bridge to modelling perfectly!!! How homeless man turned a viral sensation🤡Follow 4 more🙏 #fyp #bounce #CelebrateEaster #x

♬ Bounce – Rema

Selepas penggambaran itu selesai, Ali kembali tidur di bawah jambatan tersebut, lapor Oddity Central.

Namun, tuah Ali tidak habis di sini.

Menurut Oddity Central, selepas kisah Ali tular, sebuah syarikat multinasional di Lagos menghubungi Afolabi untuk bertanya perihal lelaki muda berbakat itu.

Tidak dapat dipastikan sekiranya syarikat tersebut menawarkan apa-apa kepada Ali, lapor portal itu lagi.

Walaupun begitu, Ali kini sudah mempunyai akaun media sosial yang dipegang oleh ‘pihak pengurusan’. Akaun Twitter Ali Olakunmi kini sudah mempunyai 3.7 ribu pengikut.

Sumber: Oddity Central

Eyla Azri