Siakap Keli

“Anak Sempat Mohon Restu,” Ibu Menangis Bila Dapat Tahu Anak Ada Dalam Kapal Selam Yang Hilang

Ibu mana yang tidak sedih apabila mendapat tahu anak kesayangannya terlibat dalam kejadian yang mengempar dunia baru-baru ini. Rasa pilu yang menyelubungi seorang wanita yang tidak menyangka anaknya juga terlibat dalam kejadian kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 di Indonesia.

Hanya sekeping gambar untuk melepaskan rindu terhadap anak sulungnya sebaik sahaja mendapat perkhabaran duka ini daripada saudaranya dari Surabaya.

Wanita ini dikenali sebagai Ida Farida terkejut apabila mendapat panggilan tersebut dan hanya mampu terdiam sejurus menerima perkhabaran tersebut. Fikirannya terasa kosong seketika memikirkan keadaan anaknya bersaama kru yang lain di dalam kapal selam tersebut.

“Sehingga sekarang saya masih tidak mendapat berita mengenai Harry,” ujar Ida.

Berharap anaknya ditemui dengan segera…

Ibu ini hanya dapat berserah dan mendoakan keselamatan anak sulungnya itu. Dia juga berharap agar anaknya ditemui dalam keadaan yang selamat bersama anak kapal yang lain.

“Semoga kamu selamat ditemui,” kata wanita ini sambil menangis tidak dapat menahan sebak kepada pemberita.

Wanita ini juga berkata kali terakhir anaknya menghantar pesanan menerusi aplikasi Whatsapp mengatakan bahawa dia akan pergi belayar dan meminta restu serta doa keselamatannya dari ibu dan isterinya semasa berlayar nanti.

Sumber: Liputan6

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang