Siakap Keli

Cik B Kongsi Senarai Drama Melayu Baru Yang Boleh Buat Korang Menangis Teresak-esak Dek Sedih Sangat

Bila dah masuk bulan puasa ni, selain dari meningkatkan ibadah dua kali ganda dari biasa, Cik B tetap suka tonton macam-macam drama baru dekat TV terutama sekali dekat Astro. Cik B layan drama-drama di Astro ni dah macam jadi hobi Cik B dah setiap hari kalau tak sibuk.

Cik B teruja betul bila dapat tahu untuk bulan puasa ni, Astro tayangkan 4 drama baru yang boleh buat Cik B melekat depan TV. Cik B cari di astroraya.com.my senarai drama yang baru ni untuk share dengan korang. So, ini apa yang Cik B jumpa untuk korang.


1) Rindu Awak Separuh Nyawa (Astro RIA) 40 Episod

Drama ni dilakonkan oleh Uqasha Senrose bawa watak utama sebagai Kasih Maisara. Kalau korang nak tau, Maisara ni dendam dengan ayah dia Dato’ Raqib sebab jadi penyebab ibu Maisara ni mati.Sebab dendam tulah dia gunakan Aidil (Fizo Omar) sebagai kambing hitam untuk malukan ayah dia. Kadang-kadang Cik B geram dengan perangai Maisara ni tau. Tapi tulah, nak jugak tengok. Lepastu, Maisara ni kenal pulak dengan Nazril (Shukri Yahaya) tapi cara diorang kenal pelik sikit, sebab Maisara nyaris nak langgar Nazril yang naik motor. So, diorang pun bergaduh la lepas accident tu. Tapi, gaduh-gaduh pun diorang jumpa jugak kali kedua. Jumpa sebab apa, korang kena la tengok. Tak boleh Cik B cerita semua.

Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA.


2) Hati Yang Dikhianati (Astro PRIMA) 40 Episod

Drama ni pulak kisahnya pasal Iskandar (Zamarul Hisham) yang galas tanggungjawab sebagai abang sulung yang kena jaga tiga orang adik perempuan dia selepas ibu dia meninggal dunia. Cik B tengok banyaklah liku-liku kehidupan yang diorang adik beradik tempuhi. Ada sorang adik dia tu nama dia Lisa (Isyariana) kerja sebagai jururawat mula berkenalan dengan jurutera (Amr Bahrin). Apa jadi lepastu korang tengok nanti k?

Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Slot Tiara


3) Kisah Rumah Tangga (Astro RIA) 25 Episod

Cik B rasa cerita ni antara paling best. Sebab dia merungkai macam-macam masalah rumahtangga. Cik B rasa masalah yang diorang highlight ialah masalah kewangan, cemburu, ibu mentua, karier dan banyak lagi. Dalam paparkan masalah tu diorang tunjuk juga apa jalan penyelesaiannya. Memang best.

Waktu Siaran: Isnin hingga Jumaat, 7 malam di Astro RIA dan RIA HD

 

4) Bila Syaitan Berbisik (Astro RIA) 18 Episod

Cerita ni pulak Cik B tengok paling sesuai untuk bulan Ramadan ni. Sebab dia banyak paparkan kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestic yang tak sepatutnya berlaku dimana-mana. Lagi-lagi di bulan yang mulia ni. Pelakon dia best, Lah Ahmad dan Azar Azmi. So, kena tengok sangat.

Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis, 11 malam di Astro RIA dan RIA HD

Cik B dah layan sikit episode drama-drama best ni, memang layan wei. Cik B luangkan masa depan TV layan semua drama-drama ni dengan keluarga. Korang boleh juga layan program lain dari Astro bulan puasa ni seperti Projek Anchor SPM (CITRA), Ramadan Pertama Edi (RIA), Gema Lawak Superstar (WARNA), Sepahtu Reunion Al-Puasa (WARNA), N to N (RIA), Pung Pang Rizalman S2 (RIA) dan Jejak Ebit Liew Ramadan Special (PRIMA).

Kalau korang terlepas episode drama-drama ni, korang jangan risau meh Cik B ajar. Korang boleh tengok episod-episod yang korang terlepas di aplikasi Astro Go dan atau catch up di On Demand. Senang je kan? Nanti boleh tengok di mana-mana dan pada bila-bila masa.



Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)