Dua buah rumah di tingkat 12 di sebuah kondominium di Bukit OUG, Kuala Lumpur di sini dilapor terbakar malam ini.
Satu rakaman video berdurasi kira-kira 2 minit 11 saat yang dipercayai dirakam orang awam di sana tular di media sosial.
Info serta video tersebut dilapor kembali oleh BERNAMA melalui berita ringkas di laman Twitter malam ini.
Berita lanjut menyusul.
Dua buah rumah di tingkat 12 di sebuah kondominium terbakar di Bukit OUG, Kuala Lumpur, malam ini – Bomba KL
📹 Awam pic.twitter.com/OjBmgLKth5
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 22, 2021
Sementara itu beberapa lagi video turut dikongsikan netizen Roger Hew di laman Facebooknya seperti di bawah ini.