Siakap Keli
Foto: Natipah Abu

Pulang Dari Berniaga Tengok Rumah Hangus Terbakar, Keluarga 5 Orang Anak Hilang Tempat Berteduh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sesetengah orang diuji dengan pelbagai cara. Namun mereka ini redha dan mengharapkan setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kisah sekeluarga ini sangat menyayat hati apabila rumah mereka rumah yang menjadi tempat berteduh musnah dalam satu kebakaran baru-baru ini.

Seorang sukrelawan NGO yang cukup dikenali di laman Facebook, Natipah Abu memohon bantuan ramai untuk bersama-sama menghulurkan bantuan dan sokongan dari segi kewangan kepada keluarga ini.

Membantu orang lain ketika mereka sedang dalam kesusahan adalah salah satu cara untuk memperoleh pahal yang berlipat kali ganda tambahan lagi di bulan puasa.

Khamis jam 5. 30 petang, ketika keluar COD laksam yang di order pelanggan , Puan Rosnani tiba-tiba menerima panggilan telefon yang memaklumkan rumah flat yang didiami mereka sekeluarga telah terbakar.

“Rumah sebelah .. bumbung atas turut terjejas”

Ketika kejadian, anak-anaknya yang sedang bermain di padang berhampiran itu bergegas naik ke atas dan melihat api sedang menyala dari plug tv di dinding.

Alhamdulillah .. anaknya yang berusia 14 tahun itu bertindak pantas dengan melarikan tong gas yang ada di depan pintu rumah itu ke tingkat bawah untuk mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku.

Rumah yang terletak di tingkat empat flat ini hangus sama sekali dijilat api termasuklah keseluruhan bumbung flat tersebut kerana api meyambar melalui pendawaian di syiling.

“Musnah sama sekali …”

“Al quran yang terselamat …”

Kita turut menyantuni mangsa dengan membayar tunggakan bil letrik sebuah rumah kosong di tingkat yang sama ( RM1800 ) dan penyambungan dilakukan serta merta semalam bagi membolehkan rumah itu didiami buat sementara waktu oleh keluarga ini.

Kita juga membelikan keperluan asas seperti tikar getah, tilam dan bantal selain sejumlah wang tunai buat meringankan keluarga yang kini tinggal sehelai sepinggang.

Dengan sumbangan kita itu … semalam keluarga yang suaminya hanya seorang tukang paip dan mempunyai 5 orang anak ini dapatlah bermalam dalam keadaan selesa seadanya di rumah kosong itu sementara menanti bantuan selanjutnya tiba.

Terima kasih kepada semua penyumbang di luar sana ..

 

Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang