Siakap Keli
Gambar: Facebook Siti Nurhaliza

Genap 7 Hari Kelahiran, Siti Nurhaliza Dan Suami Namakan Anak Muhammad Afwa

Hari ini genap tujuh hari kelahiran putera kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama pasangannya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Merupakan adik kepada Aafiyah, 3, kelahiran putera ini turut ditunggu-tunggu Datuk Siti dan suami serta para peminat mereka yang setia mengikuti perkembangan pasangan berkenaan. Malah, nama yang dipilih bagi si kecil ini juga mempunyai maksud yang istimewa sempena kelahirannya pada bulan Ramadhan iaitu Muhammad Afwa.

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini, 26 April 2021, bersamaan dengan 14 Ramadan 1442H, anakanda saya genap berusia 7 hari.
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.

Alhamdulillah, hari ini, suami dan saya ingin berkongsi wajah dan nama anakanda kedua kami. Kami menamakan anakanda kami dengan nama Muhammad Afwa yang membawa makna keampunan atau kemaafan.

Muhammad Afwa lahir pada bulan Ramadan, bulan keampunan dan di dalam doa malam Lailatul Qadar juga ada menyebut afwa.

Afwa melengkapkan afiyah dan terdapat di dalam doa yang saya dan suami pilih iaitu doa yang saya muat naik di atas.

Semoga anakanda Muhammad Afwa sentiasa di dalam keampunan dan kemaafan Allah s.w.t. dan kita semua juga di dalam lindunganNya.

Sumber: Siti Nurhaliza Official

Amira

Love yourself.