Siakap Keli

Enjin Kenderaan Anda Sukar Dihidupkan? Ketahui 5 Penyebabnya

Terdapat pelbagai jenis kenderaan yang menjadi pengangkutan harian kita seperti bas, motorsikal atau kereta. Tetapi, kebanyakkan pemilik kenderaan sering mengabaikan komponen mesin hingga enjin kenderaan rosak dan tidak boleh digunakan.

Untuk mengelakkan kejadian demikian berlaku, kenali punca kenderaan tidak boleh dihidupkan.

  • Masalah pada plug

Plug yang berfungsi sebagai penghantar elektrik pada enjin memainkan peranan penting untuk menghidupkan kenderaan.

Pengguna hendaklah memeriksa keadaan plug kenderaan, jika kotor perlu dibersihkan dengan kain bersih. Cara untuk membersihkan dengan menggosok bahagian hujung kepala plug.

Jika telah rosak atau telah lama tidak ditukar, maka ia perlu digantikan dengan plug yang baru.

  • Dinamo dan alternator

Kompenan ini merupakan salah satu bahagian kenderaan yang berfungsi mengalirkan elektrik ke bateri. Jika bahagian ini rosak, elektrik tidak tidak dapat disalurkan biarpun bateri dalam keadaan baik.

Tanda-tanda dinamo atau alternator mengalami rosak adalah apabila kenderaan mulai sukar untuk dihidupkan dan arus elektrik mulai tidak stabil. Permasalahan ini agak pelik dan sebaiknya dibawa ke bengkel untuk pemeriksaan lanjut.

Masalah ini biasanya terjadi apabila usia kenderaan anda melebihi lapan tahun.

  • Pam Bahan Api

Pam boleh menjadi antara penyebab kenderaan anda sukar untuk dihidupkan. Pam Bahan Api (fuel pump) berperanan mengatur aliran bahan api.

Penyebab masalah pada pam biasanya akibat terjadinya pengumpulan kotoran dan ‘keledak’. Bahagian ini perlu dibersihkan selalu apabila kenderaan dihantar untuk servis.

  • Keadaan Bateri

Masalah ini dikategorikan amat klasik yang melibatkan kenderaan susah nak hidup. Bateri merupakan komponen penting dalam setiap kenderaan. Penyebab utama bateri bermasalah antaranya adalah air bateri mengering.

Jika air bateri kurang, anda boleh mengisinya semula. Tetapi jika telah rosak, lebih baik ditukar agar tidak memudaratkan kenderaan anda.

  • Koil

Penyebab terakhir kenderaan sukar dihidupkan adalah pada koil. Masalah koil biasanya terjadi akibat hilangnya tegangan arus elektrik yang besar ke bateri dan plug.

Akibat hilangnya tegangan arus yang besar, mengakibatkan arus elektrik gagal dihantar ke plug.

Anda perlulah ke bengkel untuk membaiki masalah ini.

Sumber: CNN Indonesia

Atiqah Aliah