Siakap Keli
Gambar: ANTARA/CNN

Masjid Ini Lancar Tabung Khas, Kumpul Dana Beli Kapal Selam Baharu Ganti KRI Nanggala

Masjid Jogokariyan di Jogjakarta dilapor membuat kutipan sumbangan awam bagi membeli kapal selam baharu sebagai ‘pengganti’ KRI Nanggala 402 yang tenggelam baru-baru ini.

Maklumat hebahan mengenai kutipan sumbangan tersebut dimaklumkan menerusi akaun Instagram masjid itu, @masjidjogikariyan dalam satu hantaran semalam.

Difahamkan, tujuan kutipan tersebut dibuat adalah sebagai tanda solidariti pihak masjid yang menyeru seluruh rakyat Indonesia untuk membantu ‘membangunkan’ semula semangat juang perajurit lautan mereka.

Setelah KRI Nanggala 402 beserta semua krunya gugur dan syahid menjalani ‘Eternal Patrol’, mari kita seluruh rakyat Indonesia, saling membantu menghulurkan tangan membangunkan semula kekuatan armada laut kita agar kembali berjaya,” lapor sebahagian kapsyen hantaran berkenaan.

Dalam masa sama, pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad juga dilapor turut menggerakkan kutipan sumbangan bagi tujuan yang sama.

Difahamkan, sumbangan ‘Patungan Rakyat Indonesia Untuk Pembelian Kapal Selam Pengganti Nanggala 402’ itu merupakan kerjasama pihak Masjid Jogokariyan bersamanya.

Sumber: CNN Indonesia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'