Siakap Keli

MK K-Clique Pun ‘Join’, Cabaran Nyanyi Lagu Rap Kat TikTok Ni Boleh Menang RM10,000

Seiring dengan kecanggihan teknologi yang ada pada smartphone, media sosial juga dah makin rancak dengan pelbagai ciri yang pastinya sesuai dengan kehendak pengguna. Salah satu media sosial yang paling popular pada ketika ini adalah TikTok.

Tipulah kalau dalam phone masing-masing tak ada TikTok. Kalau tak upload video pun, mesti korang selalu scroll FYP kan?

Korang nak tahu tak, buat video kat TikTok pun sebenarnya boleh dapat duit tau. Itu pun kalau korang join cabaran dari OPPO ni.

Cabaran apa tu? Haa, selepas pelancaran peranti OPPO Reno5 F dengan MK K-Clique & Loca B, OPPO kini melancarkan Cabaran TikTok #FullSpeedChallenge untuk penggemar aplikasi Tiktok.

Jangan risau, senang je nak menang cabaran ni, korang hanya perlu ikut beberapa langkah yang akan ditunjukkan kat bawah ni dan guna hashtag #FullSpeedChallenge. Menariknya, korang boleh menang hadiah bernilai sehingga RM10,000.

Nak tau macam mana nak sertai Cabaran Tiktok ni? Check out steps mudah ni:

1. Muat turun aplikasi TikTok dan cari #FullSpeedChallenge

Bagi yang belum ada, korang kena memuat turun dulu aplikasi TikTok pada peranti. Setelah itu, pergi ke discovery dan taip hashtag #FullSpeedChallenge.

2. Rakam dan mulakan cabaran

Tibalah saatnya, korang perlu rakam video nyanyian rap atau lip sync dengan menggunakan lagu OPPO Reno5 F.

3. Muat naik video guna hashtag #FullSpeedChallenge

Bila dah settle rakam nyanyian dan tarian korang, jangan lupa pula muat naik video tersebut dengan menggunakan hashtag #FullSpeedChallenge dan #OPPOReno5F. Apa yang penting, pastikan video itu dah set kepada tontonan umum supaya nanti senang nak tracked video korang.

4. Hantar penyertaan

Step yang paling penting sekali, korang kena hantar video cabaran korang di Google Form ini dan nanti berpeluang dapat baucar diskaun RM50 untuk pembelian OPPO Reno5 F!

Ini senarai hadiah yang bakal korang menangi

Pemenang tempat pertama

  • OPPO Reno5 F berserta wang tunai RM3000

Pemenang tempat kedua

  • OPPO Reno5 F berserta wang tunai RM1500

Pemenang tempat ketiga

  • OPPO Band berserta wang tunai RM1000

Hadiah saguhati x 5

  • OPPO Band berserta baucar diskaun OPPO Reno5 atau Reno5 F RM100

Wah! Bukan dapat duit je, korang juga berpeluang dapat OPPO Reno5 F yang baharu! Jadi, ayuh join cabaran ni, manalah tahu ada rezeki korang dapat hadiah-hadiah tu nanti.

Jom tengok apa yang best dengan OPPO Reno5 F ni

Dijual pada harga RM1,199 sahaja, OPPO Reno5 F ini hadir dengan fungsi kamera yang sangat mantap! Manakan tidak, quad kamera pada OPPO Reno5 F ini terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera monokrom 2MP. Manakala, kamera bahagian hadapan pula dilengkapi dengan resolusi 32MP. Korang juga boleh guna kamera depan dan belakang secara serentak!

Gambar dan video korang juga nanti gerenti akan nampak lawa sebab OPPO Reno5 F ada banyak fungsi kamera yang canggih, antaranya:

1. AI Color Portrait Video

Sebelum ni AI Color Portrait hanya berfungsi untuk gambar sahaja, tetapi untuk Reno5 F ini korang akan dapat merakam video dengan latar belakang yang bertukar kepada warna monoton. Korang juga boleh tengok terus rakaman sambil merakamnya.

2. Dual-View Video

Ni fungsi yang paling best sekali OPPO keluarkan! Korang lepas ni boleh rakam video secara serentak dari kamera belakang dan kamera depan. Lepas ni tak payah dah lah susah-susah nak edit video reaksi muka korang. Terus muat naik macam tu je nanti.

3. Monochrome Video

Satu lagi fungsi yang memudahkan sebab korang boleh pilih untuk serlahkan warna sesuatu objek dalam video sementara warna lain ditukarkan kepada kelabu.

4. Dynamic Bokeh

Korang wajib guna fungsi ni sebab nanti gambar akan nampak lebih aesthetic dengan subjek yang seperti muncul keluar daripada gambar.

5. Night Plus

Nampak lebih lawa dan macam pro, korang pasti akan dapat hasil ‘tangkapan’ yang menarik bila guna fungsi Night Plus ni. Ia dilengkapi dengan filter Cosmopolitan, Astral dan Dazzle.

6. Night Flare Portrait

Gabungkan algoritma bokeh dengan HDR cahaya rendah dan algoritma peningkatan nyalaan lensa yang kuat, korang mesti akan berpuas hati dengan gambar yang ditangkap. Memang nampak jelas dan warna subjek juga akan tetap sama.

7. EIS Steady Video

Salah satu perkara yang paling geram bila rakam video adalah ia akan ‘bergegar’ dan membuatkan video tu nampak tidak jelas. Tapi, korang tak payah risau lagi pasal tu sebab algoritma Electronic Image Stabilization yang ada pada OPPO ni akan kesan gegaran ketika rakaman. Jadi, rakaman akan lebih stabil dan lancar.

8. Soloop

Semuanya cukup lengkap, korang boleh edit sendiri video dengan masukkan lagu dan sari kata bila guna fungsi ni.

9. AI Scene Enhancement 2.0

Gambar akan lebih lawa dan dapat ditingkatkan kecerahannya kerana fungsi ni menggabugkan Dazzle Color dan AI Scene Recognition.

10. AI Color Portrait

Membolehkan korang menangkap gambar yang menakjubkan sebab ia mengekalkan dan meningkatkan warna semula jadi subjek dalam gambar.

11. AI Beautification 2.0

Jangan risau, fungsi ni takkan nampakkan wajah korang terlalu fake sebab ia tetap menyerlahkan kecantikan semula jadi dan tak terlalu over sangat dalam mengubah warna kulit korang.

12. Filters

Sekarang ni tak lengkap rasanya kalau tak selfie guna filter kan. Korang pasti akan leka bila guna 15 filters yang ada pada kamera OPPO Reno5 F ni dalam tema dan gaya yang berbeza.

Selain kamera, korang juga mesti akan tertarik dengan reka bentuk OPPO Reno5 F ni yang hadir dengan dua warna iaitu Fluid Black dan Fantastic Purple. Dengan ketebalan 7.8mm dan berat 172 gram, korang tak payah risau bila letak phone tu dalam poket sebab ia sangat nipis dan ringan.

Haa, apa tunggu lagi. Cepat dapatkan OPPO Reno5 F ni! Lepas ni bolehlah selalu muat naik video yang menarik dekat TikTok.

Oh ya sebelum terlupa, korang dah boleh join Cabaran TikTok #FullSpeedChallenge sekarang ni sebab ia dah bermula pada 24 April dan akan tamat pada 14 Mei 2021 nanti. Good luck dan semoga ada rezeki untuk menang!

Untuk maklumat lanjut mengenai Cabaran Tiktok itu, korang boleh layari laman web dan Facebook OPPO.

Sofea

There's always another side to every story