Siakap Keli
Gambar via Bernama

SOP Sambutan Raya Akan Diumumkan Kelak, Dakwaan Larangan Rentas Daerah Dalam Tempoh Aidilfitri Adalah Palsu

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyangkal dakwaan larangan rentas daerah dalam tempoh hari raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

Beliau menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu. JAKIM, bersama MKN dan KKM masih memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Aidilfitri dan akan diumumkan kelak.

Tambahnya lagi, pihak JAKIM masih memperhalusi SOP Aidilfitri bersama MKN dan KKM. SOP yang dipersetujui juga akan diumumkan pada masa akan datang.

Sumber: Bernama

Eyla Azri