Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa semua daerah di negeri Kelantan kekal di bawah status PKP kerana kadar insiden yang semakin meningkat.
Seluruh negeri Kelantan kekal PKP hingga 17 Mei – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/vnFumJYkof
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 27, 2021
Selain daripada itu, lima negeri atau wilayah dikekalkan status PKPB. Antara negeri-negeri tersebut adalah Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang. Status negeri Sabah bertukar kepada PKPB bermula 29 April hingga 17 Mei ini susulan daripada zon hijau semakin berkurangan dan zon merah meningkat serta 33 lokaliti sedang dilaksanakan PKPD.
Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Sarawak kekal status PKPB – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/xB73vo7oPF
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 27, 2021
PKPB di Sabah bermula 29 April hingga 17 Mei – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/uuIzHdZ2Jv
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 27, 2021
Sementara itu, negeri yang kekal sebagai PKPP pula adalah Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Labuan kekal PKPP hingga 17 Mei – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/IorXPkCtr2
— BERNAMA (@bernamadotcom) April 27, 2021
Sumber: Bernama