Siakap Keli
Gambar Via Intan Normdhiah

(Video) Ibu Pasrah Anak Kuat Meragam, 2 Malam Terpaksa Dodoi Anak Nak Tidur Dalam Kereta Je

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Apabila mendirikan rumah tangga, setiap pasangan perlu bersedia untuk menerima kehadiran permata hati yang pastinya akan menyerikan lagi suasana.

Saat yang paling bermakna pula adalah apabila melihat mereka membesar di depan mata dengan pelbagai keletah. Apa saja sanggup dilakukan demi melihat mereka bahagia dan menjadi orang yang berjaya pada suatu hari nanti.

Pun begitu, ragam anak-anak terutama ketika masih bayi sememangnya terkadang boleh menguji kesabaran ibu bapa tetapi anak itu tetap dijaga dengan baik. Terkadang, banyak juga perkara yang tak terjangka berlaku.

Seperti yang dialami oleh Intan Normadhia yang setiap hari perlu membawa bayinya ke dalam kereta. Jika tidak, bayinya yang berusia empat bulan lebih itu tidak akan tidur.

Berkongsikan kisahnya di Facebook, Intan berkata bahawa anaknya sangat susah untuk tidur di atas katil. Ikuti perongsiannya di bawah ini.

Bukan cerita anak sepah apa hari ni tapi ni cerita aku 2 malam dah bawak anak dodoikan dalam kereta.

Anak aku baru 4+ bulan , paling suka dan tersangat suka duduk dalam kereta, setiap hari mesti kena bawak masuk dalam kereta dan kereta mesti lah bergerak.

Masuk je dalam kereta automatik dia boleh gelak tanda suka dan bermula episod tidur dalam kereta start pukul 11 je dah meragam baring taknak, susu taknak, urut perut semua dah, masuk buai taknak, semua tak kena tapi kalau masuk kereta automatik mood ceria datang gelak laa, kemain.

Ada ke perangai pelik ni? Baru terjadi 2 hari di bulan puasa ni mustahil ada hantu pulak kat rumah kan. Aku fikir malam ni nak bawak berubat atas sebab anak suka naik kereta.

Ada ke korang macam ni? Stres mak, nak lena atas katil pun susah.

Sumber: Intan Normadhia

Sofea

There's always another side to every story