Siakap Keli

Covid-19: Golongan Perokok yang Positif Berisiko Mendapat Komplikasi Yang Lebih Teruk – Kajian KKM

Satu kajian telah dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit , Bahagian Perubatan Dan Institut Kesihatan Negara dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Putra Malaysia mendapati bahawa pesakit yang merokok lebih mudah mendapat komplikasi yang lebih teruk berbanding bukan perokok jika terkena jangkitan Covid-19.

Dalam satu kajian ini melibatkan 5,889 kes Covid-19 yang dirawat di semua hospital bermula 1 Februari hingga 31 Mei 2020 mendapati pesakit yang dijangkiti Covid-19 mempunyai komplikasi berikut:

  • Kerosakan hati
  • Kerosakan buah pinggang
  • Sindrom pernafasan akut

Golongan perokok didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi yang lebih teruk berbanding bukan perokok jika didapati positif #COVID19. Dalam satu kajian melibatkan 5,889 kes COVID-19 yang dirawat di semua hospital bermula 1 Feb hingga 31 Mei 2020 mendapati:Justeru itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama swasta dan NGO akan menambahbaik perkhidmatan berhenti merokok atas talian sedia ada.

Penemuan ini selari dengan kenyataan WHO pada 30 Jun 2020 dan kajian-kajian di beberapa negara lain. Kajian KKM ini dijalankan oleh Bahagian Kawalan Penyakit, Bahagian Perkembangan Perubatan dan Institut Kesihatan Negara (NIH) dengan kerjasama UIA dan UPM.

Terbaharu, laman sesawang http://jomquit.com telah diperkukuhkan untuk memudahkan proses pendaftaran serta kebolehcapaian perkhidmatan rawatan berhenti secara dalam talian.

Melalui laman sesawang ini, perokok boleh mendapatkan rawatan berhenti merokok di hujung jari bermula proses pendaftaran, kaunseling perubahan tingkah laku sehingga mereka berjaya berhenti merokok.

Jadi, jangan pentingkan diri anda, berhentilah merokok demi menjaga kesihatan diri sendiri.

 

Sumber: KKM

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang